Kisah RumahTangga

“Kau keluar rumah malam ni, jatuh taIak 3”, dengan senyuman aku keluar…

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin siarkan cerita ni.

Akhirnya hari ini , ahad , 13 august 2023, selepas 7 tahun berkahwin, saya dicerraikan dengan talak tiga dan ini lah hari paling bahagia buat saya.

7 tahun bukan tempoh masa yang sekejap, tapi sebenarnya tak cukup untuk perempuan selemah saya.

“Kau keluar rumah malam ni, jatuh talak 3, dengan senyuman aku keluar, kerana mak mertua dan suami, dalam diam aku pun merancang”

Sebelum kahwin, suami dan keluarga mertua sangat baik. Ketika bertunang, saya mula nampak sikit sikit sikap keluarga suami yang tak menyenangkan tapi saya ambil positif, saya anggap tak ada pun manusia sempurna, jadi bersabarlah.

Semakin dekat tarikh kahwin, semakin ketara sikap mengawal anak yang ditunjukkan oleh mertua saya tapi saya masih positif, ibu bapa mana tak sayang anak, jadi bersabarlah.

Ujian demi ujian, saya senyum dan beritahu diri sendiri, bersabarlah. Seminggu selepas mendirikan rumah tangga, keluarga mertua sudah rancang nak buat hari keluarga. Saya okay saja, namun tak sangka pada hari nak berlangsung, ayah saya dimasukkan ke wad.

Saya minta suami hantar, tapi mertua saya cakap,

“kakak kakak awak kan ada. Awak duduk sini sambut hari keluarga, biar mereka yg lain pergi hospital”.

Suami setuju dengan ibu bapanya. Saya mengalah, malam itu ayah saya meninggal dunia. Yup, saya bdoh.

Tahun kedua perkahwinan, alhamdulillah kami dikurniakan bayi lelaki. Puasa hari ke 28, kami bersiap nak balik ke kampung suami ( setiap tahun raya pertama wajib di rumah ibu bapanya ), ibu saya diserang str0k.

Saya tak mahu ulang kebdohan lalu, dan saya bertegas untuk hantar ibu ke klinik dan menjaganya. Suami masih dengan alasan, “adik beradik awak yang lain boleh jaga”.

Saya berkeras, dan itulah kali pertama tangannya naik ke muka saya. Akhirnya saya mengalah kerana takut. Sebulan lebih selepas itu ibu saya pula meninggal dunia dan adik beradik memulaukan saya atas tindakan saya yang mengikut suami dan keluarganya sepanjang masa. Masih saya diam. Yup, saya bdoh.

Pada Januari 2014, usia anak kami 2 tahun, adik suami saya berkahwin dengan wanita pilihannya, lulusan ijazah kejuruteraan. Bermulalah episod telinga saya berdrah dengan segala macam cemuhan, sindiran dan perbandingan.

Menantu baru diangkat setinggi tingginya. Saya yang lulusan STPM hanya tersenyum sambil mendukung anak, tiap kali dibandingkan dari segi akademik. Saya masih sabar dan menganggap mereka masih keluarga suami yang mesti dihormati. Yup, saya bdoh.

2015, saya memohon melanjutkan ijazah di UiTM Shah Alam, secara jarak jauh. Kelas hanya pada hari minggu. Alhamdulillah, permohonan berjaya.

Suami agak keberatan dan meminta saya bertanya pada ibunya. (Dalam hati terdetik, apa kena mengena ibunya dengan saya nak melanjutkan pelajaran?) dan bila suami lihat saya seperti berat mengikut katanya, dia sendiri hubungi ibunya. Membuat loud speaker dan meminta pendapat.

Jelas dan terang ayat ibunya, ”Hai, nak bersaing tahap akademik dengan biras ke?”

Saya tetap berkeras. Walau saya takut takut ditampar lagi, dikongkong lagi, saya juga takut sekiranya dicerraikan (ibu bapa saya dah tak ada, adik beradik pula dah benci), saya sebatang kara. Kawan kawan juga dah renggang selepas saya berkahwin.

Akhirnya suami beri kata putus, “kalau awak nak sangat, yuran bayar sendiri.” saya akur.

Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar, pekerja, isteri, ibu, dan menantu. Walaupun anak saya baru berusia 3 tahun lebih waktu itu, dia seperti mengerti kesibukan saya. Amar anak yg baik dan tak buat perangai sangat.

Pada waktu saya rasa satu dunia menentang saya, saya lihat wajah Amar dan saya tenang. Saya masih ada Amar, satu satunya manusia di dunia yang masih sayangkan saya dan hormat saya.

Berulang alik ke shah alam menaiki bas, terpaksa bayar lebih kepada pengasuh kerana hantar Amar bukan pada hari bekerja, yuran belajar, tiket pergi balik, semuanya duit saya. Saya gagahkan diri. Saya kuatkan diri bukan untuk masa depan saya, tapi masa depan Amar.

Tahun 2016, terdengar ura ura suami saya nak kahwin lagi satu. Saya tersentak, tapi saya pegang pada prinsip, selagi bukan dari mulutnya, maka saya akan abaikan.

Sampai lah satu malam selepas tidurkan Amar, saya sedang menyiapkan assignment, dan suami cakap nak berbincang. Saya dapat rasa jantung saya berdegup sangat laju, tangan saya yang pegang pen terasa berpeluh dan menggeletar.

Dan ya, dia beritahu sedang berkawan dgn perempuan lain. Saya tanya, sejak bila. Dia beritahu sudah 1 tahun. Patutlah, dia tak kisah sangat saya ke Shah Alam, rupanya dia pun boleh dating dengan perempuan itu kerana Amar di rumah pengasuh. Tapi dia menyambung ayat,

“Awak jangan risau, saya belum nak kahwin dengan dia. Kami hanya berkawan. Kalau nak kahwin pun saya tak perlu minta izin awak. Tapi saya ni lelaki yang berani, jadi saya jujurlah dengan awak”.

Mendengar ayat ini, saya senyum dan tanya,

“Habis bila abang nak kawin dengan dia?”. Dia jawab, “tahun depan?” Saya angguk. Saya kemaskan buku dan laptop, dan masuk tidur.

Pada jam 4 pagi, saya terjaga. Suami nyenyak tidur. Saya bangun dan solat sunat. Saya ke bilik sebelah dan tengok Amar. Saya peluk Amar dan menangis sepuas puasnya sehingga Amar terjaga tapi masih mamai.

Satu ayat keluar dari mulut Amar yang mengubah hidup saya. Amar, anak yg baru berusia 4 tahun itu, dalam keadaan mamai, berkata pada saya: “Mak, Amar tak suka Babah.” Dan dia sambung tidur.

Selepas itu saya renung wajah Amar. Entah apa jadi pada saya malam itu, saya rasa saya bukan lagi perempuan yang sama. Saya rasa satu perubahan di hati saya.

Di bilik Amar, sehingga ke subuh saya menimbang tara, menyusun hidup, dan membuat pilihan. Akhirnya saya nekad dengan satu keputusan terbesar dalam hidup.

Esoknya saya ke tempat kerja, saya tanya pada rakan sepejabat, ada tak apa apa kerja part time yang boleh saya buat di rumah.

Dia kata boleh kalau tolong isikan borang poslaju (dia berniaga online) dan saya bersetuju. Memang bayaran sikit, tapi dalam sebulan, lepas untuk keperluan susu Ama.

(update: suami tak pernah hulur nafkah keperluan saya dan Amar kerana dia tahu saya bekerja , melainkan bil bil rumah, barang nak masak dan sewa rumah. Kerana ibunya kata adik adiknya ada yang bersekolah, jadi dia yang sulung mesti bantu.)

Saya mula pergi kelas tiap tiap minggu, sebelum itu saya pergi selang dua minggu, saya ambil subjek sehingga maximum credit hours. Saya crampkan jadual saya sehabis habisnya, kerana saya nak cepat habis belajar.

Saya buat kerja part time itu ini. Saya menyimpan di tabung haji. Sampai lah badan saya yang agak gempal beransur kurus. Suami masih mabuk bercinta, tapi tak apa. Misi terulung saya harus dilaksanakan.

Dengan duit simpanan, saya keluarkan RM3800, saya beli kereta kancil 2nd hand. Suami tanya kereta siapa, saya jawab “sayalah”.

Dia tanya kenapa beli,

“Saya cakap mudah ke kelas, abang taknak hantarkan saya, saya pun letih naik bas, saya belilah”.

Dia mungkin rasa tercabar, (sebab saya tak pernah buat keputusan sendri tanpa tanya dia) lalu menendang sikit tayar kereta saya sambil berkata “kancil je pun.. besi buruk atas highway”.

Tak apa, saya senyum. Fokus pada misi…misi.. misi…

Di tempat kerja, saya tanya ada tak yang nak sewakan bilik. Alhamdulillah, ada sorang staff baru, dia nak sewakan bilik tapi dia pelik, untuk siapa sebab saya dah berkahwin. Jadi saya jawab, “kalau saya dan anak saya, cuma untuk sementara, boleh?”. Dia okay.

Setiap malam, saya mengira bajet. Saya mencongak, menyusun masa depan. Badan semakin susut. Baju baju zaman bujang semua boleh pakai balik.

Akhirnya, November 2017, Amar berusia 5 tahun, saya dikejutkan berita suami ditangkap khalwat. Saya Masih senyum, keluarga suami sangat mempercayai bahawa dia dianiaya.

Dan mereka menerima perempuan itu jika mahu berkahwin kerana perempuan itu seorang eksekutif yang bergaji besar. Ibu mertua siap berkata, “kena redha lah dimadukan. Orang suruh jaga suami, pulun nak sambung belajar.”

Saya senyum. Fikirkan misi… misi… misi….

December 2017 mereka dikahwinkan. Saya waktu itu sibuk dengan persediaan final exam UiTM yang akan berlangsung Januari 2018. Selepas berkahwin baru, suami memang makin tak ambil tahu hal saya dan Amar.

Tak apa, bila dia tak ada dirumah, saya senang menguruskan kerja part time dan Amar.

Selesai peperiksaan akhir, suami ajak saya tinggal bersama dengan madu dirumah madu. Kerana dia dah tak mampu bayar sewa rumah yang diduduki saya waktu itu. Saya menolak dengan baik dan dia kata,

”Kau pandai pandai lah cari rumah lain, aku takkan bayar sewa rumah ni dah. Duit depo pun aku akan dapat bulan depan. Barang barang perabot aku nak pindahkan dekat rumah madu kau esok”.

Saya hanya menjawab, “OK.”

Malam itu, saya kemas baju baju dan barang keperluan yang penting untuk saya dan Amar. Dia tanya, “nak kemana hoi?”.

Saya jawab, “ke rumah sewa baru”. Dia dengan mata terbeliak, berkata “kau keluar dari rumah ni malam ni, jatuh talak tiga”.

Saya dengan senyuman yang sangat bangga, mengambil barang barang, Amar, dan kunci kereta. Saya terus ke rumah yang saya nak sewa bilik dengan rakan sekerja tu.

Selepas itu bertalu talu whatsapp masuk handphone saya;

“Hoi, mana rak dalam bilik?”

“Perempuan setan, kau ambil iron dan iron board?”

“Betina, kenapa barang rumah banyak yang tak ada?”

Saya jawab dengan balasan ringkas, “Saya ambil semua yang saya beli dengan duit sendiri, jumpa di mahkamah.”

Sebenarnya sepanjang dia mabuk bercinta, saya persiapkan diri untuk berdikari. Saya beranikan diri memandu jauh. Saya tawakkal beli kereta 2nd hand( alhamdulillah kancil tu terbaik hahahahaha).

Dan lepas dia kawin baru dan jarang balik tu, saya pindahkan sikit sikit perabot dengan bantuan rakan pejabat.

Hari ini, selesailah urusan mahkamah selepas dua bulan lebih talak tiga dijatuhkan di rumah itu. Saya akhirnya seorang janda tapi saya janda yang sangat bahagia. Saya dah bersedia menjadi janda, physically and mentally. Financially too.

Sekarang saya nak tumpu pada Amar, dan nak cari balik adik beradik dan kawan kawan dulu yang saya tinggalkan untuk minta maaf atas kebdohan saya. Doakan saya ya.

Reaksi Warganet

Fatin Sujaihah –
Abah saya dulu pun pernah pesan, masa tu saya sekolah lagi. Dia kata, “kalau dah kawin nanti, kalau abah mati, kalau suami tak bagi balik. Tak payah balik”.

Sakit tekak and cover habis mata sebab tak nak air mata tu menitis beb. Waktu tu dalam kereta pulak tu.

Mak mertua confessor ni kalau ada anak perempuan, u better jaga jaga lah. Islam tak de Karma tapi ada Qada’ Qadar Allah itu benar.. Moga moga bekas suami confessor tak murung dan tertekan la kalau terbaca confession ni.

Nor Shaliza –
Saya jarang nak comment kat sini sebab nanti kang kawan kawan saya kata saya onion aunty. Tapi this confession is an exceptional. You do you and fly high.

Kalau sekalipun nanti ex you yang keparat tu nak balik, you should just flip your tudung and suruh dia tu tenung cermin lelama whether layak ke tak dengan you lagi. Semoga you terus kuat for your son dan semoga terus berjaya dengan jayanya

Reen Azmi –
Puan, mak saya dari saya kecil sampai besar cakap, ‘Kalau suami tak izin jumpa mama masa mama mati, takpe. Ikut cakap suami. Nanti mama goes straight to heaven, sebab pandai didik anak patuh dan taat dengan suami.’

Masa tu saya kecik lagi (sekolah rendah). Saya terfikir 2 benda.

Ada ke suami yang tak bagi ziarah mak bapak kita yang meninggal dunia? Yang kedua, saya fikir saya akan protes. Antara suami dengan mak bapak, saya akan pilih untuk jengah juga mak ayah kalau mereka meninggal. Suami nak cerrai pun cerrai lah.

Tapi mak saya cakap jangan. Takut nanti mama tanggung dosa sebab tak didik anak taat pada suami.

Jadi puan, sy rasa bapa dan mak puan pasti berbahagia di sana kerana ada anak seperti puan. Puan tak bdoh. Bekas suami puan je yabg bebal. Semoga dia digantikan dengan yang lebih baik, dunia akhirat..

Muhammad Azwan Ibrahim –
Such inspiring story, tangan seorang wanita mampu mengoncangkan dunia.

Btw laki tu dan maknye tak layak dijadikan suami dan mertua. Tak mampu berdikari, ego sombong, lepas tu kena tangkap khalwat.

Mertua yang penting diri sendiri, tak layak dijadikan seorang mertua. Nanti dia mesti rindu anak awak tu.

You deserve someone better. By the way, jagan lupe buat tuntutan nafkah untuk anak dia dimakhamah.

Laki sekarang ramai pandai buat anak, tapi tak pandai nak jaga anak. Lelaki yang angkat tangan pada seorang wanita adalah dayus.

Saye doakan awak semoga berjaya, makin berjaya dan berjaya. Jadikan ejekan ex mertua awk dab ejakan ex husband awak sebagai batu lonjatan awak untuk naik dan berjaya.

Wanita adalah seorg makhluk yang lemah, tapi disebalik kelemahan dia. Ada kekuatan yabg terselindung. Good luck

Donna Karan –
Tahniah!

1) awak berjaya hidu masalah dari awal dengan stop beranak benih lelaki hampesh

2) awak berani move on dan tak hanyut dalam perasaan walaupon tentangan keliling. Buat confessor yang selalu mengadu alone takdak sapa nak refer to sila refer puan ni yang alone anak yatim adik beradik ignore, keluarga suami from hell ada bebanan anak kecil bukan saja takdak orang nak refer malah tentangan yang dapat.

3) awak percaya diri awak sendiri. Hanya kita mampu mengubah nasib kita.

4) akak harap akak, anak anak akak, kawan kawan dan wanita lain kuat macam awak.

Gud luck dik.

Sumber : gemilangdaily

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *