Global

2 minggu gagal cari punca bayi usia 3 bulan paraIysis, doktor ‘siasat’ mak ayah! Sekali ini yg terjadi

GOLONGAN ibu dan bapa pasti sangat teruja untuk memberi si manja pelbagai jenis makanan terutama dari sumber berkhasiat.

Sesetengah mak ayah menganggap, dengan memberikan anak mencuba apa sahaja makanan, ia dapat mengatasi masalah memilih makan atau ‘picky eater’.

Bagaimanapun, tidak semua makanan berkhasiat boleh diberikan kepada anak-anak yang berusia bawah satu tahun.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, pegawai kesihatan di Klinik Kesihatan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, Dr Mohd Qarafi Mohd Ridhuan Tee berkata, seorang bayi yang cergas dan aktif tiba-tiba menjadi lemah (paralysis) sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Bayi mudah terkena jangkitan kuman jika didedahkan dengan perkara yang tidak sepatutnya. -Gambar hiasan The Star

Bayi mudah terkena jangkitan kuman jika didedahkan dengan perkara yang tidak sepatutnya. -Gambar hiasan The Star

“Budak ini berumur tiga bulan dan disusukan oleh ibunya sejak kecil. Sampai satu tahap, dia tiba-tiba enggan minum susu.

“Disebabkan itu, dia dibawa ke hospital dan rawatan mengesahkannya menghidap hypotonia yang menyebabkan seluruh badannya lemah.

“Selepas dua minggu berada di hospital, keadaannya semakin teruk walaupun pelbagai jenis ubatan diberikan.

“Dia juga disahkan terkena jangkitan kuman di paru-paru, tidak dapat bernafas dengan baik di samping pelbagai penyakit lain sehingga dimasukkan ke dalam NICU,” katanya.

Madu mempunyai banyak khasiat. -Gambar hiasan

Madu mempunyai banyak khasiat. -Gambar hiasan

Menurutnya, menerusi uji kaji dan sampel darah yang dijalankan, doktor masih tidak menemukan sebarang punca kepada jangkitan kuman yang berlaku.

“Situasi yang berlaku itu membuatkan para doktor berbincang dengan ibu dan ayah bayi tersebut tentang kaedah jagaan yang boleh dilakukan.

“Bagaimanapun, seorang doktor terdetik untuk mengambil sampel najis dan terjumpalah punca kepada masalah kesihatan yang dialami,” jelasnya.

Tambah beliau, berdasarkan maklumat yang diperoleh, terdapat bakteria Clostridium Botulinum dalam najisnya.

Katanya, selepas disoal selidik, ibu dan ayah bayi tersebut mengaku pernah memberikan madu kepada anak mereka.

Meskipun madu baik dan memberi manfaat kesihatan kepada orang dewasa namun ia tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah dua tahun kerana usus mereka belum terbentuk sepenuhnya.

Sumber : mstar

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *