Semasa

Kes Pelajar Maut Didakwa DiIanggar, Pegawai Kanan PoIis Ditahan

IPOH — Polis Diraja Malayia (PDRM) menahan pemandu kereta yang juga pegawai kanannya yang terlibat dalam kejadian pelajar maut didakwa dilanggar di Jalan Taman Jati, Ipoh hari ini.

Difahamkan, suspek yang ditahan merupakan seorang pegawai kanan polis dari Kontinjen Kedah dan akan direman pada 16 Disember (esok) untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan insiden itu daripada orang awam pada jam 12.40 petang.

“Siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati kemalangan ini melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Ativa dan sebuah motosikal jenis Yamaha.

“Dalam kes ini, penunggang motosikal seorang lelaki Melayu berumur 17 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu kereta seorang lelaki Melayu berumur 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambah Yahaya, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian adalah kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat daripada kemalangan jalan raya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pada masa yang sama, PDRM turut menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak PDRM tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri sekiranya mempunyai bukti yang kukuh, orang awam yang mengetahui atau melihat kejadian tersebut diminta berhubung dengan Inspektor Jong Pit Chiao, pegawai penyiasat kes di talian 016-8849163.

“Orang awam juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu siasatan ataupun boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam,” maklumnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun maut didakwa dilanggar lari sebuah kereta.

Menurut BERNAMA, kejadian berkenaan dilapor berlaku berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru.

Sumber : Polis Daerah Ipoh via SK

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *