Info

“Saya Istri Kedua..” Istri Pertama Izin Suami PoIigami, Tapi Ada Syarat

AJAL, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan.

Begitulah kisah wanita ini yang disatukan semula dengan kekasih lamanya, namun reda bergelar isteri kedua selepas mendapat restu daripada madunya.

Menurut wanita itu, dia dan suaminya pernah bercinta sewaktu zaman universiti, namun tidak dapat meneruskan hubungan gara-gara tentangan orang tua.

WhatsApp Image 2023-12-09 at 5.35.21 PM (1)

Tak ramai wanita sanggup menerima poligami. -Gambar hiasan

“Saya isteri kedua yang kahwin atas restu isteri pertama. Bercinta dengan suami di universiti. Tapi arwah mentua tak restu untuk kahwin. Saya free hair, keluarga suami alim sikit.

“Suami dan isteri pertama kahwin atas arrangement keluarga. Tapi isteri pertama tahu kewujudan saya yang tak direstui hubungan. Dipendekkan cerita, arwah mentua meninggal enam tahun lepas.

“Suami minta izin isteri pertama untuk kahwin dengan saya. Isteri pertama izinkan. Keluarga pun semua dah tahu,” ujar wanita itu yang berkongsi cerita di laman X.

Dia izinkan kami bersama secara halal pun saya bersyukur sangat… tapi dalam hati Allah je yang tahu.

ISTERI KEDUA

Meskipun berjaya disatukan dengan cinta lamanya, pengadu berkata dia banyak makan hati disebabkan syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh madunya.

Selain giliran untuk bersama suami yang tidak adil, dia juga dihalang untuk tampil dalam mana-mana acara keluarga mahupun mempamerkan kemesraan secara terbuka.

“Ada syarat. Syaratnya, saya tak boleh dibawa ke majlis keluarga. Isteri pertama tetap akan jadi pasangan yang dilihat public. Giliran saya hanya dua hari seminggu. Weekend tak boleh.

“Dan tak boleh ada anak. Sebab sayang dan nak hidup dalam keadaan aman, saya turuti. Selalu pujuk suami untuk ikut je kemahuan isteri pertama. Sebab saya sedar saya ambil hak dia.

“Dia izinkan kami bersama secara halal pun saya bersyukur sangat. Tapi dalam hati, Allah je tahu apa perasaan saya. Suami selalu tanya, boleh ke bertahan?” cerita wanita itu lagi.

Meskipun dipandang serong teman-teman, wanita itu berkata dia cuba menguatkan hati dengan melakukan pelbagai kerja serta aktiviti riadah bagi mengisi masa lapang.

“Kawan-kawan dah ramai menjauh sebab di mata mereka saya penyondol. Saya hormat mereka. Apa saya buat untuk isi masa lapang? Saya kerja lebih masa. Fokus kerja apabila suami tak balik rumah. Hujung minggu ikut geng hiking yang kenal di Facebook.

WhatsApp Image 2023-12-09 at 5.35.21 PM

Lelaki yang berpoligami perlu berlaku adil kepada semua isteri. -Gambar hiasan

“Mungkin post saya akan undang kecaman. Tapi saya saja nak meluah. Ini pertama dan terakhir saya kongsi. Lega sikit apabila dapat cakap dengan seseorang tentang ini,” ujarnya lagi.

Meninjau ruangan komen, kali ini ramai netizen memihak kepada isteri kedua dan memohon wanita itu terus bersabar menjalani kehidupan berpoligami.

Pada masa sama, ramai netizen menyelar syarat tidak masuk akal yang dikenakan ke atasnya dan berharap suaminya dapat melayan kedua-dua isteri dengan adil.

“Tak kecam pun. Kahwin dengan restu isteri pertama dan awak pun terima syarat-syarat yang diberikan. Okey je, tak salah di sisi agama. Tak payah fikirlah kecaman orang, mereka tak bagi awak makan nasi tiap hari.

WhatsApp Image 2023-12-09 at 5.37.09 PM (1)

Isteri kedua biasanya tidak mempunyai banyak masa bersama suami. -Gambar hiasan

“Tak boleh ke berpoligami macam orang normal? Tak rasa too much ke syarat-syarat tu? Sedangkan isteri pertama yang menyelit dalam kisah percintaan orang.

“Tak adil. Kenapa suami kena ikut isteri pertama? Allah kata kena adil. Kalau tak boleh, kenapa sibuk nak suruh kahwin?

“Pada pandangan aku, isteri pertama tu yang sondol suami kau sebelum kau kahwin dengan dia,” tulis netizen.

Sumber : mstar

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *