Uncategorized

Seorang kanak-kanak 11 tahun dirog0l bergiIir-gilir tujuh rakan abangnya

GERIK : Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dirog0l secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki yang juga rakan abangnya di Kampung Pahat Luar, di sini pada 3 November lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu disaksikan oleh adik m@ngsa berusia sembilan tahun, dan dikatakan ia sudah beberapa kali berulang sebelum ini.

Jelasnya, pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut pada Isnin lalu jam 9.26 malam dari ibu m@ngsa yang berusia 36 tahun.

“Ibu m@ngsa telah diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka telah dirog0l. Kejadian itu disaksikan oleh anak lelaki mereka yang juga adik m@ngsa.

“Siasatan lanjut mendapati pada 3 November lalu, sekitar 2 petang, saksi telah melihat tujuh orang rakan abangnya yang berusia lingkungan 13 hingga 31 tahun merogol kakaknya di dalam bilik rumah jiran sebelah.

“Enam daripada suspek merupakan adik beradik dan seorang lagi rakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Selain itu katanya, saksi juga memaklumkan kejadian seumpama itu sudah berlaku beberapa kali sebelum ini. Di samping itu, difahamkan m@ngsa tidak pernah bersekolah.

Justeru katanya, semalam pada jam 1.51 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik telah membuat tangkapan ke atas semua suspek.

Zulkifli berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek adalah negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 November.

Sumber : hm

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *