Dunia

Seminggu lagi nak kahwin, gadis pasrah bakal suami batal nikah kerana tolak ‘ajakan’…

Gambar sekadar hiasan

TANPA diduga, seorang gadis mendapat permintaan yang mengejutkan daripada bakal suami, kira-kira seminggu menjelang hari perkahwinan mereka.

Namun akibat menolak permintaan itu, gadis tersebut pasrah apabila majlis pernikahan terpaksa dibatalkan.

Luahan gadis itu dikongsi menerusi laman sosial, dan turut dimuat naik adalah tangkap layar mesej yang dihantar bakal suaminya.

 

Dalam mesej berkenaan, bakal suami meminta untuk melakukan hubungan intim terlebih dahulu sebelum berkahwin.

“Yang (sayang), tolonglah,” rayu bakal suami.

“Ya Allah, seminggu lagi kita akan berkahwin. Sabar,” jawab wanita itu menolak permintaan bakal suami kerana mereka belum berkahwin secara sah.

Bagaimanapun, lelaki itu terus memujuknya dan memberitahu dia akan bertanggungjawab sekiranya mereka melakukan perbuatan itu.

Walaupun berkali-kali merayu, gadis berkenaan tetap menolak permintaan bakal suami.

Lelaki berkenaan juga sanggup mengugut mangsa untuk melakukan hubungan intim dengan orang lain sekiranya permintaannya ditolak.

Namun, gadis itu tetap berkeras dan menolak permintaan bakal suami.

Akibat daripada permintaan tersebut ditolak, bakal suami nekad membatalkan perkahwinan mereka.

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mengecam tindakan bakal suami, pada masa sama bersimpati dengan nasib gadis berkenaan.

Sebagai peringatan, perbuatan berzina dilarang dalam Islam dan berdosa besar, maka semua pihak perlu menjauhinya.

Sumber : mstar

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *