Hiburan Info

“Tak Sedar Kita Hampir Dipenghujung” Aniq Suhair Minta 1 Permintaan Kepada Peminat & Kenalan…

PELAKON Aniq Suhair memohon peminat dan kenalan memadam gambar yang memaparkan dia mengenakan seluar pendek dalam simpanan mereka kerana tidak mahu menanggung dosa berterusan.

Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, berkata, dia sedar dosanya tetap mengalir setiap kali penampilannya tidak menutup aurat apabila ia menjadi tontonan ramai.

Kata Aniq, dia berharap peminat dan kenalan dapat memadam fotonya itu kerana sedang dalam fasa memperbaiki diri.

“Saya sekarang dalam fasa memperbaiki diri, mana dosa-dosa kecil itu saya nak elakkan. Sedar tak sedar sebenarnya kita hampir di penghujungnya.

niqq

Aniq mengaku kesilapan berkongsi foto dia berseluar pendek di media sosial.

“Mana boleh diperbaiki kita perbetulkan… Mana yang teruk kita tinggalkan, yang baik kita teruskan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Dalam pada itu, Aniq mengakui kesilapannya mengenakan seluar pendek dan berkongsi foto tersebut ke media sosial miliknya.

Malah kata Aniq, dia sekarang sudah tidak lagi mengenakan penampilan sebegitu terutamanya apabila berada di khalayak ramai.

“Saya tak akan pakai lagi (seluar pendek) selepas ini… Kesilapan saya juga kongsi gambar berseluar pendek dan sekarang sudah sedar termasuk padam semua gambar di Instagram.

“Permintaan saya di Instastory itu untuk sesiapa yang pernah post aurat saya di media sosial. Boleh padam dan kalau boleh padam terus jika ada dalam simpanan,” ujarnya.

Mana boleh diperbaiki kita perbetulkan… Mana yang teruk kita tinggalkan, yang baik kita teruskan.

ANIQ SUHAIR

PELAKON

Berkongsi lanjut mengenai perubahannya itu, Aniq memberitahu pintu hatinya terbuka memperbaiki diri selepas berlakon menerusi drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah yang sedang menjalani penggambaran.

Aniq yang memegang watak Iqbal memberitahu dia banyak menimba ilmu agama menerusi drama tersebut terutama ketika membuat persediaan sebelum masuk set penggambaran.

“Sebenarnya saya tengah shoot untuk drama terbaru saya, cerita tentang keagamaan di antara manusia dan Tuhan.

Aniq

Aniq dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Jadi semasa proses penggambaran itu membuka mata Aniq untuk buat perubahan ke arah kebaikan memandangkan saya memegang watak sebagai seorang ustaz.

“Saya banyak tengok video ceramah selain buat kajian tentang perkara berkaitan agama memandangkan watak saya dalam drama itu turut melibatkan babak saya mengajar,” jelasnya.

Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah diinspirasikan daripada novel Aku Cinta Dia karya novelis Sharifah Abu Salem bakal bersiaran menerusi slot Akasia di TV3.

Selain Aniq, drama arahan Shuhaimi Zulkefli itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Rita Nadira, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Ezany Nizariff, Azza Elite, Nafiez Zaidi, Lydiawati dan Zulkifli Ismail.

Sumber : mstar

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Jemput sini JOIN GROUP

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *