Dunia

Tindakan ‘Bijak’ Seorang Suami Berakhir Dengan Penceraian Gara2 Istri Luah Rasa Tak Puashati

Tindakan seorang lelaki di China membelikan telefon pintar, iPhone 15 Pro Max untuk bapanya sendiri berakhir dengan penceraian antara dia dengan isterinya.

Menurut laporan The Thaiger, lelaki itu membelikan telefon bimbit berkenaan kerana ayahnya sudah sekian lama mengguna telefon bimbit yang sudah ketinggalan zaman.

Sebelum dibelikan telefon pintar premium tersebut, ayahnya hanya mengguna telefon bimbit jenis iPhone 6 Plus. Telefon berkenaan sudah pun rosak pada bulan lepas.

Walau bagaimanapun, isterinya telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendapat tahu keputusan tersebut yang akhirnya membawa kepada pertelingkahan antara mereka.

Mahu dapat iPhone 15 Pro Max terlebih dahulu, isteri pertikai keputusan lelaki belikan model terbaharu buat bapa

Menurut portal berita itu lagi, si isteri terkilan kerana berasa diri dikesampingkan dengan tindakan lelaki itu membelikan telefon pintar model terkini untuk ayahnya terlebih dahulu.

Malah, wanita itu menganggap bahawa pembelian telefon pintar mahal untuk warga emas adalah satu pembaziran.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut turut bertindak membandingkan tindakan lelaki itu dengan lelaki lain yang mendahulukan isteri masing-masing. Lelaki berkenaan ternyata amat kecewa dengan reaksi berlebihan si isteri.

Sebelum ini, lelaki berkenaan difahamkan tidak pernah terlepas membelikan model iPhone terkini yang dikeluarkan setiap tahun buat isterinya. Malah si isteri baru sahaja bertukar kepada iPhone 14 Pro Max enam bulan lepas.

Menurut The Thiger, lelaki berkenaan berasa sedih kerana dia membelikan telefon bimbit berkenaan kepada ayahnya kerana atas rasa hormat. Namun tidak menyangka mendapat tentangan daripada isteri sendiri.

Suami ceraikan isteri, sebab tak puas hati belikan bapa iPhone 15 Pro Max

Selepas bertikam lidah, akhirnya lelaki tersebut memutuskan untuk memfailkan penceraian ke atas isterinya. Walaupun sudah dipujuk, namun lelaki berkenaan nekad untuk meneruskan keputusan tersebut.

Malah, dia juga dilapor tidak teragak-agak untuk mengemukakan saman jika isterinya menolak untuk diceraikan.

Dalam pada itu, lelaki itu menyatakan rasa ‘terhutang budi’ terhadap iPhone 15 Pro Max kerana mendedahkan watak sebenar isterinya.

Sumber : sk

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *