Info Semasa

(video)Bawak RM10 pergi pasar malam dapat macam-macam termasuk sate 30 cucuk?

PETALING JAYA – Seorang lelaki menunjukkan ‘bukti’ wang kertas RM10 ‘sebenarnya’ boleh membeli pelbagai makanan di pasar malam dengan jumlah dan kuantiti yang banyak.

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki tersebut mempamerkan ‘bukti’ itu dengan membeli pelbagai makanan antaranya RMI bersamaan lapan tongkol jagung, empat botol susu berperisan berharga RMI, dua paket asam yang juga berharga RMI serta 30 cucuk sate berjumlah RM1.

Lelaki itu juga membeli lapan kuih dorayaki berharga RM1, satu aiskrim juga berharga RM1 serta mempunyai lagi baki RM4.

“Pergi pasar malam. Siapa kata barang mahal. Kita nak buktikan, kita jalan di pasar malam, RM10 saja bawa. Saksikan,” katanya pada video tersebut.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik lelaki itu sebenarnya bersifat sindiran dan sarkastik susulan pelbagai isu berhubung harga barang naik yang sering menjadi topik perbincangan orang ramai pada masa ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut selain ‘bersetuju’ wang kertas RM10 boleh membeli pelbagai barangan sekali gus disifatkan murah.

Video :

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut selain ‘bersetuju’ wang kertas RM10 boleh membeli pelbagai barangan sekali gus disifatkan murah.

“Kat mana tu, jom serbu pasar malam yang murah sangat tu,” kata seorang pengguna Facebook secara berjenaka.

“Mahalnya sate 30 cucuk seringgit bang. Tempat saya 50 cucuk siap ketupat 10 biji,” komen seorang lagi pengguna sengaja ‘menghangatkan’ suasana.

“Tolong kongsi lokasi pasar malam bossku. Harga syurga,” komen seorang lagi pengguna Facebook.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *