Uncategorized

Siapa Aisar Khaled? Ini 8 Fakta Biodata Personaliti TikTok Tinggi Lampai Ini Yang Ramai Tak Tahu!

Aisar Khaled kini menjadi fenomena di dunia maya selepas menghadiahkan motosikal Yamaha LC kepada seorang penghantar makanan, Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar.

Ini berlaku susulan penyebaran video mengenai kisah tragis Muhammad Shahrul yang terpaksa berjalan kaki kerana motosikalnya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa sekatan.

Dalam masa kurang daripada 24 jam, Aisar berjaya menemui Muhammad Shahrul yang tinggal di Sepang, Selangor dan membawanya ke kedai motosikal berdekatan untuk memberikan kejutan.

Keprihatinan Aisar terhadap golongan kurang bernasib baik seperti lelaki ini mendapat pujian dan respon positif daripada rata-rata pengikutnya di laman sosial.

Bagi yang belum mengenali instafamous ini dengan lebih dekat, jom kita semak lapan fakta mengenai Aisar.

8 Fakta Instafamous Aisar Khaled Yang Ramai Tak Tahu!

1. Aisar dilahirkan sebagai anak kepada pasangan Khaled Kamel (bapa) dan Roslina Abdul Rashid (ibu).

2. Dia meneruskan pendidikan di kolej swasta di Sentul, Kuala Lumpur, mengambil jurusan Diploma Pengurusan Pemasaran.

3. Pencipta konten muda ini telah mencapai status seorang yang berpengaruh di media sosial dengan jumlah pengikut melebihi 3.7 juta di aplikasi TikTok, 738 ribu di Instagram (IG) serta akaun YouTube-nya diikuti oleh 470,000 pengguna.

4. Diketahui bahawa Aisar memulakan perjalanan perniagaannya sebagai peniaga jalanan yang memasarkan baju Melayu dan menjual minuman air boba. Kini, dia sudah mampu untuk menggaji 15 orang pekerja.

5. Pada Mac 2022, Aisar, pada umur yang masih muda iaitu 22 tahun, berjaya memiliki kondominium mewah bernilai RM1 juta di pusat bandar Kuala Lumpur. Pada Februari 2023, dia turut membeli sebuah rumah teres tiga tingkat di Selangor berharga RM1.5 juta yang diubah suai menjadi pejabat untuk memajukan perniagaannya.

6. Dari dunia media sosial hingga ke layar kaca dan lebar, dia turut memberikan warna dalam industri hiburan tempatan sebagai seorang pelakon dalam drama-drama popular seperti Lelaki Lingkungan Cinta, Suri Hati, Villa Kristal, Chandelier, Cerita Hantu Asrama, Jeriji Patin, Misteri Wak Leman dan Ijam, serta dalam filem Gila Gusti dan Hantu Ke Lima (Astro First).

7. Dia turut mengambil bahagian dalam lakonan muzik video bagi lagu bertajuk Aksara Cinta yang dilantunkan oleh penyanyi Wani Kayrie, yang dilancarkan pada tahun 2020.

8. Mengenai perkembangan terbaru, Aisar kini memperuntukkan sejumlah RM60,000 setiap minggu untuk diberikan kepada peminat setia di laman sosialnya. Difahamkan, dia menyumbangkan hadiah berupa motosikal dan kereta setiap hujung minggu, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, menggunakan pendapatan daripada perniagaan TikToknya.

biodata aisar khaled 175

Sumber : iluminasi

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *