Uncategorized

Penyanyi Fairuz Misran Meninggal Dunia Sebentar Tadi. Salam Takziah

PENYANYI Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 petang Jumaat di Labuan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan.

Berita pemergian penyanyi lagu Untukmu itu disahkan oleh sahabatnya dikenali sebagai Munirah ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Fairuz

Punca kematian masih tidak didedahkan.

“Benar, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Licious Labuan kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

“Bagiamanapun saya tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergiaannya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Munirah bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian Allahyarham.

Untuk rekod, Fairuz dikenali dengan gelaran klon P. Ramlee susulan mempunyai rupa paras dan vokal mirip dengan seniman berkenaan.

Allahyarham juga pernah menjuarai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan pada 2012.

Fairuz dilahirkan di Sandakan, Sabah namun dibesarkan di Papar sebelum menetap di Labuan.

Sumber : mstar

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *