Hiburan

Kalau terhidu bau bunga kemboja waktu malam, ada dia lah tu.

Banyak pendapat yang berbeza kalau kita mahukan satu definisi yang tetap. Memang tak ada. Tetapi sebelum itu, marilah kita telurusi sejarah dahulu, sebab Pontianak ini datangnya dari nama tempat di Kalimantan Barat. Satu ibu kota bernama Pontianak.

V.J. Verth seorang Belanda menulis tentang kota ini dalam bukunya Borneos Wester Afdeling. Katanya, Belanda mula masuk ke kota Pontianak melalu Batavia. Nama lama yang Belanda bagi pada Jakarta. Dulu Jakarta namanya Batavia.

Bermulanya adalah apabila seorang ahli perniagaan yang kaya memiliki kapal tersendiri ingin membuka tempat pemukiman di kota Pontianak seraya menjadi pembatas antara Sungai Kapuas dan Sungai Landak. Namanya, Syarif Abdurrahman Al-Qadri. Ketika ingin membuka kota itu, dikhabarkan Syarif selalu diganggu oleh Pontianak.

Nama lain Pontianak boleh jadi Puntianak dan Kuntilanak. Sama sahaja. Bila diganggu, Syarif melepaskan das tembakan meriam. Ketika itulah, sosok tubuh pontianak kelihatan seperti seorang perempuan berpakaian serba putih dan berambut panjang. Tujuan untuk melepaskan tembakan meriam itu adalah untuk menghalau Pontianak itu sendiri.

Ada yang berpandangan, Pontianak berasal dari perkataan Punti yang bermaksud pohon-pohon yang tinggi kerana di kawasan itu memang memiliki pohon-pohon yang tinggi. Ada juga berkata, Pontianak membawa maksud pintu anak.

Orang percaya, pontianak ini adalah seorang wanita yang mati ketika hamil.

Jadi ia merupakan jin yang liar mengganggu manusia. Menurut Islam, jin semacam ini dipanggil haffaf iaitu jin yang suka menakut-nakutkan manusia. Tapi, apabila jin muncul dalam kehidupan manusia, ia boleh disakiti kerana ia pasti mengikut hukum manusia. Masuk alam manusia, ikut hukum manusia. Ikut nature manusia.

Pontianak selalu muncul dengan wangian bunga Kemboja. Orang Jawa dulu percaya, apabila seseorang ingin selamat daripada gangguan pontianak, mesti bawa benda tajam. Benda tajam yang popular ialah paku. Bila diserang pontianak, cucuk sahaja paku itu di belakang tengkuknya. Jadilah dia seorang wanita yang cantik.

Jadi bila tak nak bayi dikacau, letak paku di tempat bayi itu supaya tidak diganggu pontianak. Yang uniknya, Hikayat Abdullah pun ada mencatatkan kewujudan hantu pontianak ini oleh Abdullah Kadir. Dia merupakan seorang pengembara.

Pontianak suka mengganggu orang ketika dalam kesunyian. Ada yang kata, cerita ini wujud adalah kerana untuk elakkan gadis-gadis berjalan seorang diri di tempat yang sunyi, risaukan keselamatannya. Jadi, popularlah cerita pontianak mengganggu manusia di tempat-tempat sunyi. Nak galakkan gadis-gadis berjalan beramai-ramai. Lebih selamat.

Untuk kita pula, jin akan lari apabila kita azan. Mengikut satu hadis Rasulullah mengiyakan ayatul Kursi boleh mengelakkan diri daripada gangguan syaitan ketika tidur sehingga Subuh. Yang mengajarkan itu pun jin dari keturunan syaitan kepada Abu Hurairah. Jadi, bacalah ayatul Kursi.

Wallahu’alam.

Sumber : The Patriots

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *