Uncategorized

Lelaki dibuang kerja gara-gara mohon cuti isteri bersaIin

Nasib seorang lelaki bertukar maIang apabila dibuang kerja gara-gara ingin memohon cuti untuk menjaga isterinya yang akan bersalin.

Perkara itu dikongsikan di Twitter AsyrafRosli, memaparkan beberapa tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp individu terbabit bersama penyelianya.

Berdasarkan perbualan itu, difahamkan lelaki tersebut terpaksa mengubah cuti yang diambil pada saat akhir ekoran isterinya dijangka bersalin lebih awal daripada tempoh jangkaan.

“AssalamuaIaikum bos, esok boleh saya cuti seminggu. Bini saya bersalin awal. Saya kena cuti untuk jaga isteri saya,” katanya kepada penyelia.

Bagaimanapun, lebih piIu, penyelia lelaki itu enggan memberi kerjasama dan memintanya untuk berhenti tanpa pertimbangan.

“(Kalau cuti) awak punya kerja macam mana? Siapa nak buat? Awak berhenti sahaja lah. Tak payah datang, aku tak nak kau lagi,” ujar penyelia terbabit.

Mengulas isu berkenaan, rata-rata ramai menge.cam situasi itu termasuk meminta lelaki tersebut membuat aduan kepada pihak berkaitan.

“Dia ingat semua perempuan bersalin tepat ikut tarikh jangkaan yang doktor bagi ke?” ujar Adillah.

“Banyak kess boleh sabit. ‘Deny paternity leave’ (nafi cuti isteri bersalin). Lepas itu buang sahaja. Harap dia pergi Jabatan Tenaga Kerja. Kesian anak baru lahir,” kata Moon.

“Pergi pejabat buruh. Bukti kukuh dan boleh dapat kemenangan mudah. Mohon pampasan selama 36 bulan,” jelas Lukman.

Sumber : kosmo

Layari : mastery.onpay

Ini adalah pakej video tutorial bagaimana untuk anda belajar strategi secara praktikal bagaimana menggunakan kaedah video marketing untuk tingkatkan awareness, dan sales conversion bisnes anda.

Moga bermanfaat

Ikuti juga artikel yg menarik yg kami kongsikan dibawah ini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *