Info

Makin menjadi-jadi pula “lesen terbang ni”

Kota Bharu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan penlpuan yang melakukan kesalahan pemalsuan lesen kenderaan yang masih berleIuasa di media sosial hingga hari ini, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ M Janagarajan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam mendapatkan lesen kenderaan, supaya tidak terjeb4k dengan pemaIsuan lesen atau lebih popular dipanggil ‘lesen terbang’.

“Sebenarnya ini bukan isu lesen terbang, isunya ialah pemaIsuan lesen. Lesen itu bukan lesen biasa. Ia dilakukan atau dibuat oleh sc4mmer dan lesen tersebut tidak mempunyai rekod atau tidak wujud di dalam sistem JPJ.

“Modus operandi pen!puan ini ialah mereka menawarkan iklan dalam media sosial dengan mengatakan bahawa lesen itu adalah lesen yang sah, tetapi sebenarnya lesen itu adalah lesen yang tidak sah.

“Ada m4ngsa sudah membuat pembayaran dan sekiranya bernasib baik, mereka dapat lesen paIsu berkenaan, tetapi ada juga m4ngsa mengadu akaun ditutup atau tidak wujud setelah pembayaran dibuat,” katanya.

Janagarajan berkata, pihaknya bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan P0lis Diraja Malaysia (PDRM), selain mengambil tindakan mahkamah ke atas svspek yang melakukan penlpuan itu.

“Apa yang perlu pengguna ingat, mereka yang dapat lesen paIsu itu hanya boleh menggunakannya dalam tempoh sekejap sahaja dan aktiviti tidak sihat ini biasanya disedari selepas pengguna membuat pembaharuan lesen pada tahun seterusnya,” katanya.

Sumber : Harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *