Info

“Syamsul, kamu jangan jadi munaflk! Macam mana saya nak restu kalau nikah pun sembunyi-sembunyi?

Kuala Lumpur: “Syamsul, jangan jadi munaflk!”

Itu reaksi ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail susulan pendedahan anaknya yang mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di ThaiIand, hari ini.

Patimah ketika dihubungi berkata, dia mengetahui semua masalah dan k0nflik dalaman rumah tangga yang ditimbulkan anaknya sebelum semuanya tular di media sosial.

Menurutnya, dia juga tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua anaknya itu.

“Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul. Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Patimah mendedahkan pengarah filem Munafik itu menafikan menjalin hubungan dan sudah berkahwin dengan Ira.

“Sebelum ini dia tak mengaku. Dia berm4ti-m4tian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu sam4n orang yang buat cerita.

“Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu,” katanya.

Terdahulu, Patimah menerusi Instagram meluahkan perasaan memohon AIIah memberikan yang terbaik terhadap dua cucunya yang juga anak Syamsul.

“Semoga AIIah gantikan ‘Ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya,” tulisnya.

Perkongsian ini menerima reaksi simpati dari pengikut agar doanya ini dimakbulkan.

Tidak kurang, ada yang mengucapkan terima kasih terhadapnya kerana menjadi mentua yang baik terhadap menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *