Info

“Terduduk” kami sekeluarga bila suami hiIang pendapatan, kenapa keluarga aku yang diuji begini yaaIIah?

Assalammualaikum admin, aku harap sangat apa yang aku luahkan ni dapat dibaca. Aku nakkan sokongan dan pandangan mungkin ada yang dapat bagi bantuan dari segi pendapat.

BismiIIahirahmanirrahim.. Dengan nama AIIah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang. Aku tak tahu nak mula dari mana, belum pon masuk perenggan yang pertama air mata aku dah berjurai – jurai. Aku ada family yang sangat bahagia, dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat bijak dan comel.

Aku dan suami bahagia dengan cara kami, cukup pakai dan makan seadanya. Suami aku berniaga kecil – kecilan sahaja tapi alhamduliIIah tak banyak tapi ada. Sejak dari dalm pantang anak ke-2 aku mengalami depr3ssion yang agak terruk hingga sekarang.

Aku tak tahu macam mana aku boleh kena depr3ssion, mungkin aku penat atau keadaan suami yang tak memahami. Suami aku pulak, aku selalu cerita pasal apa yang aku rasa. Dia macam biasa hanya dengar tapi diam seribu bahasa.

Tak pernah lagi aku dengar kata – kata semangat dari dia. Macam aku cakap aku perlukan sokongan, kata semangat, bukan setakat mendengar. Dan sampailah bulan lepas, aku sangat tertek4n sebab suami aku dah tak boleh berniaga.

Hilanglah satu – satunya sumber pendapatan keluarga kami. Semuanya akibat dengkl, orang ambil tapak kami untuk berniaga. Kami cuba keluarkan duit simpanan yang kami ada untuk mulakan peniagaan di tempat baru dengan harapan yang setinggi gunung tapi maIangnya nasib tak menyebeIahi kami.

Dalam sehari kami hanya boleh dapat dalam 20 ke 30 ringgit sahaja, Paling tinggi pernah dapat 50 ringgit. Duit simpanan semua dah dikorek tinggal habuk saja. Bermula detlk tu aku murung, aku selalu mar4h – mar4h, lepaskan str3ss dekat suami aku, aku selalu mar4h anak aku.

Aku sedih susu anak habis, pampers anak habis. Suami aku dah cuba cari kerja yang boleh dapat gaji harian tapi tak dapat. Semua bagi harapan suruh tunggu call. Duit simpanan anak, aku keluarkan untuk teruskan hidup untuk topup makan anak, susu dan pampers.

Anak lelaki sulung aku cakap mama nanti kalau kita ade duit abang nak makan sedap – sedap sikit boleh tak mama?” “mama nanti kalau papa ada duit abang nak beli mainan satu, boleh tak mama?” AIIahuakbar paling menyedlhkan malam tadi anak aku mintak nak makan nugget yang jiran sebeIah ada jual sebatang hanya RM1, tapi aku tak boleh nak bagi duit pada dia.

Dia faham terus cakap, “takpelah abang makan telur jela mama.” AIIah.. dia anak yang bijak. Kalau dia nampak aku menggigil – gigil, dia terus lari ambilkan air untuk aku minum, kalau aku cakap yang mama tak sehat. Dia yang akan kemaskan katil, sapu sampah, buang sampah, basoh pinggan, kutip semua baju – baju kot0r.

Tolong tengokkan adik. Susu adik pon dia dah boleh bancuh. Kalau aku n4ngis dia datang peIuk aku, nangis sama – sama dengan aku. Dia matang tak sama usia dia sekarang, Aku rasa anak aku ni lagi memahami apa yang aku rasa dari suami aku.

Dia Rahmat yang AIIah beri pada aku tiada galang gantinya. Anak yang sangat menyenangkan hati. Makanan ruji kami untuk setiap hari hanyalah telur, nasi goreng, cucur bawang. Suami aku tetap sehari keluar mencari kerja,

Kerja kilang dapat gaji bulan, buat masa sekarang ni memang tak boleh. Kami perIukan gaji hari untuk makan, susu dan pampers anak. Hari ni duit dalam wallet bersisa RM20 aku tak susah hati sangat sebab susu masih ada, dan aku harap sangat suami aku dapat kerja yang boleh dapat gaji hari.

Kenapalah keluarga aku yang diuji. Aku terima ujian ni tapi aku tak kuat tengok anak – anak aku. Mereka tak dapat yang terbaik, malah menjadi m4ngsa am4rah aku yang str3ss. Aku harap pembaca dapat tolong doakan keluarga kecil kami sentiasa dimurahkan rezeki. Aku sayang suami aku, aku sayang anak – anak aku.

Komen Warganet :

AemyFaisyah AemyFaisyah : Tt ada anak kecilkan, apakata sambil – sambil jaga anak tu tt boleh ambik upah mengasuh anak – anak jiran ke. Boleh jugak tambah pendpatan. Sekarang ni paling kurang pun boleh dapat RM300 untuk seorang budak, cukuplah ambik 2 dapatlah RM600.

Memang cukup untuk cover makan sebulan tapi berjimat cermat la. Untuk anak plak boleh ajar pakai lampin kain. Memang leceh tapi tak lama, nanti dia dah pandai cakap boleh ajar pergi toilet. Lagi satu tt tak boleh la terlalu letakkan kesalahan pada suami, lagipun beliau tetap berusaha mencari pekerjaan bukannya dia duduk goyang kaki sahaja.

Mungkin rezeki pekerjaan yang gaji harian belum menyebeIahi suami tt lagi. Takpe, yang penting dia tetap berusaha dan banyakkan berdoa. Cuma nak cakap satu ja, sebenarnya ramai kat luar ni yang nasib sama atau mungkin lebih berat lagi daripada tt. Tapi begitula kehidupan ini, sentiasa diuji dan hidup harus diteruskn seperti biasa. Semoga baik – baik sahaja buat tt sekeluarga.

Shiyaya Adan Shirabiru : Jangan halakan kesalahan kepada suami diam bila puan luahkan masalah yang nyebabkan puan depr3ssion. Suami pun pun masalah sama juga. Dia pun fikir pasal kewangan family, sebab dia pun berusaha untuk cari keje jugakan, bukan dia duduk diam jer kan.

Cuma suami ni lebih banyak pendam jer. Kalau dia luahkan pada puan, dua – dua akan depr3ssion plak. Lagi bermasalah besar. Mengadu la masalah kepada AIIah swt. Memang bila family kita ada masalah kewangan, mentaI cepat koyak.

Jangan ikutkan sangat, usaha untuk kuatkan mentaI tu. Kalau ikutkan sangat masalah akan jadi parah. Cuba usaha dengan jawi, maiwp, pusat zakat mahupun jkm. Saya harap puan sekeluarga kuat dan tabah hadapi ujian ni dan akan berjaya hadapan hari nanti.

Amani Marjan : Kalau boleh pampers tu tukar pakai kain, duit untuk beli pampers boleh buat untuk duit makan. Saya dulu pun bukan orang senang, anak – anak saya semua dipakaikan kain. Bayangkan saya seorang saja yang cari nafkah, suami bermasalah. Waktu tidur malam kalau takut basah tilam saya akan lapik plastik. Banyakkan bersabar sis dan kerap buat sembahyang tahajud, semoga ada sinar dikemudian hari.

Sumber : Mediaceritaheboh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *