Info

Ini sebab mengapa duit kertas note RM1000 dan RM500 diIupuskan.

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100.

Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri.

Wang kertas RM1,000 sekeping mula-mula dikeluarkan pada 2 September 1968. Manakala wang RM500 sekeping pula diwujudkan pada 1 September 1982.

Semasa kemuncak krisis kewangan Asia pada 1998, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, memperkenalkan dasar kawalan modal bagi menghadapi serangan spekulator ke atas Ringgit.

Kawalan modal ini diumumkan pada 1 September 1998 dan antara komponen utamanya ialah penetapan nilai mata wang ringgit pada kadar AS$1 bersamaan RM3.80.

Sebagai sebahagian langkah kawalan modal, pada 12 September 1998 Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa wang kertas denominasi RM500 and RM1,000 dinyahwang dari sistem kewangan Malaysia.

Wang kertas ini ditarik balik sah lakunya bermula 1 Julai 1999.

Wang kertas RM500 dan RM1,000 dalam edaran sebelum ditarik balik masing-masing adalah sebanyak 1,989,479 dan 4,523,731 keping, dengan jumlah nilai sebanyak RM5.52 bilion.

Dalam kenyataan pada 27 November 2007, Bank Negara menyebut bahawa “terdapat kurang daripada 200,000 keping wang kertas RM500 dan RM1,000 yang masih dalam edaran, dengan jumlah nilai muka lebih kurang RM100 juta”.

Dalam sesi parlimen pada 29 Jun 2011, Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, berkata terdapat “sebanyak 177,077 wang kertas RM500 dan RM1,000 yang bernilai RM101 juta masih tidak dapat dikesan daripada pasaran sehingga 30 Januari 2011”.

Dengan kata lain, masih terdapat wang kurtas demominasi RM500 dan RM1000 dalam simpanan individu atau mungkin ia telah musnah atau rosak yang menyebabkan ia tidak dikembalikan kepada BNM.

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group percuma. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *