Info

“Bukan lagi PM Tepi” Abah rehat ye biar Papa ambil alih urus negara

Kuala Lumpur: “Saya sayang awak, papa. Saya sentiasa berbangga dengan kamu walaupun (kamu) terbaring dipenj4rakan sebagai tah4nan,” luah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah berkongsi luahannya menerusi kapsyen pada gambar dimuat naikdi Instagram (IG), hari ini.

“Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.

“Ketika kalah kita diduga, Ketika menang juga kita diduga. Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan, menuntut keadilan bukan untuk diri kita tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

“Cabaran tetap menanti dan selepas upacara angkat svmpah, usaha menyatu padukan teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu,” tulisnya

Dalam hantaran sama, Nurul Izzah yang juga penyandang Parlimen Permatang Pauh itu berkata legasi ditinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat

mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perju4ngan yang tidak boleh dijual beli.

“Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, Insya-Allah,” tulisnya.

Hantaran dimuat naik Nurul Izzah itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengikutnya dengan rata-rata turut mengucapkan tahniah atas pelantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung 5 petang ini di Istana Negara.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *