Info

Saya dah tahu kenapa telur ayam kekurangan stok. Bagilah masa untuk kami settle!

PUTRAJAYA – Gngguan bekalan telur yang dihadapi ketika ini berpun ca daripada t!ndakan pengeluar mengeksport telur ke luar negara.

Perkara itu dided4hkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi selepas mengadakan lawatan ke beberapa pasar raya di Batu Caves, Selangor hari ini.

“Antaranya, t!ndakan pengeluar mengeksport telur gred kawalan iaitu telur gred A, B dan C ke luar negara yang menyebabkan bekalan telur domestik berkurangan.

“Kerajaan, melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah menaikkan subsidi kepada penternak daripada tiga sen sebiji kepada lapan sen sebiji disebabkan kos pengeluaran yang telah meningkat yang telah memberi kesan kepada pengeluaran telur gred A, B dan C.

“Subsidi yang diberikan kepada penternak ini juga adalah bertujuan memastikan harga kepada pengguna kekal pada harga siling yang telah ditetapkan kerajaan untuk telur gred A, B dan C,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, beliau memberi am4ran keras kepada semua pengeluar untuk memastikan pengeluaran telur kegunaan domestik dipertingkatkan bagi memastikan keberadaan bekalan komoditi ini dalam pasaran negara.

Alexander berkata, pengeluar hendaklah berintegriti dan menunaikan tanggungjawab mereka seperti yang dipersetujui bersama dalam beberapa siri perbincangan selepas subsidi tambahan diberikan kepada pengeluar.

Dalam pada itu, Alexander berkata, bekalan barangan seperti ayam, sayur, minyak dan sebagainya dilihat memuaskan dengan harga jualan mematuhi harga maksimum yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Ujar beliau, pihaknya akan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali menerusi sidang media yang akan diumumkan kelak.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *