Info

Patutnya Ada RM500 Je, Sekali Check Hujung BuIan DaIam Akaun Ada RM25,000

Ada kata-kata yang menyebut bahawa ‘wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang’. Hati kita cepat tenang bila tengok dalam akaun bank, tertera jumlah baki yang melegakan.

Tetapi bagaimana kalau satu hari, tiba-tiba anda mendapat notifikasi daripada bank yang memberitahu sejumlah besar wang didepositkan ke dalam akaun simpanan anda? Terkejut, sudah tentu. Tertanya-tanya pasti ada, entah siapa yang bermurah hati nak bagi duit kepada anda kan.

Seram sejuk, ‘sedebuk’ RM 25k masuk akaun

Sama juga dengan situasi ini, apabila baki yang hanya ada beberapa ratus tiba-tiba bertambah RM25,000. Pemberinya pula, misteri yang langsung tidak dikenali. Kala itu, rasa takut pasti datang menyapa. Entah-entah, nak tidur malam tiba-tiba pintu diketuk pihak berkuasa, yang mahu tahu dari mana duit itu datang, kan?

Tetapi, nanti dulu. Mustahil la kan ada individu misteri yang terlampau bermurah hati nak bagi RM25,000 begitu je kan. Mesti ada sebab dan asal usulnya. Rupa-rupanya, setelah disiasat, duit itu sebenarnya memang hak anda.

Hahh, macam mana tu? Kalau anda nak tahu, wang tunai berjumlah RM25,000 boleh menjadi milik anda sekiranya anda dipilih menjadi pemenang hadiah Kempen Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 anjuran Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) ini.

Bulan Menabung Simpan SSPN atau BMS merupakan program yang telah dirangka dan dilaksanakan bermula tahun 2018 sebagai salah satu kempen promosi dalam usaha untuk menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama masyarakat untuk membuat penabungan. Program seumpama ini dilihat mampu menyampaikan maklumat dan memberi pendedahan mengenai perancangan kewangan serta memupuk amalan menabung di kalangan ibu bapa dan anak-anak.

Dua kategori, Nasional dan Negeri

Menariknya tahun ini, BMS turut memperkenalkan Cabutan BMS 2022 sepanjang bulan Oktober 2022 iaitu bermula 1 hingga 31 Oktober 2022 di peringkat Nasional dan PTPTN Negeri iaitu melalui platform media sosial.

Sudah pasti, untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan, anda perlulah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.

6 terma & syarat-syarat yang perlu anda tahu

Terma dan syarat-syarat ini merangkumi syarat-syarat umum dan juga syarat-syarat khas bagi setiap kategori, Nasional dan Negeri iaitu:

1. Terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

2. Peringkat Nasional

  • Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai minimum RM500 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan.

3. Peringkat Negeri

  • Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai minimum RM300 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan.
  • Penentuan kelayakan cabutan Peringkat Negeri adalah berdasarkan alamat surat- menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit.

4. Pendeposit layak untuk cabutan Peringkat Negeri & Peringkat Nasional sekiranya simpanan bersih adalah sekurang-kurangnya RM500 di dalam tempoh kempen.

5. Pendeposit perlu memastikan akaun Simpan SSPN Prime kekal aktif dan akaun Simpan SSPN Plus tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan.

6. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh kempen, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan, tertakluk kepada terma dan syarat simpanan.

Hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan setiap kategori

Dah tahu mengenai terma dan syarat-syarat, mestilah kita nak tahu apa lagi hadiah yang ditawarkan selain ganjaran utama bernilai RM25,000 tu kan.

Untuk senarai penuh hadiah-hadiah mengikut kategori, anda boleh rujuk infografik yang kami sediakan dibawah.

Bagi kategori Nasional, selain hadiah utama, turut ditawarkan adalah hadiah saguhati berjumlah RM1,000 untuk 24 pemenang.

Manakala bagi kategori Negeri pula, hadiah-hadiah yang ditawarkan tak kurang juga hebatnya. Hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah basikal BMT, periuk tekanan tinggi, jam pintar dan juga hadiah saguhati tower fan.

Memang menarik semua hadiah yang ditawarkan. Langsung tak rugi kalau anda ikut serta kempen ini. Mana tahu, salah satu hadiah di atas menjadi milik anda. Memang senyum lebar la kan.

Cara-cara nak buka akaun Simpan SSPN

Tetapi sebelum anda terlupa, macam yang kami sebutkan tadi, nak menang cabutan ini, syarat utamanya adalah anda mestilah memiliki akaun Simpan SSPN.

Jadi, macam mana kalau anda tiada akaun tersebut? Jangan susah hati, memandangkan kempen ini diadakan khas untuk anda yang membuka akaun atau membuat simpanan tambahan sepanjang tempoh kempen berlangsung, jadi kami akan kongsikan dengan anda cara-cara nak buka akaun Simpan SSPN.

Sebenarnya, mudah je. Anda boleh membuka sama ada akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus secara atas talian je dengan hanya klik di sini. Kemudian anda pergi pada bahagian seperti paparan di bawah dan tekan pada bahagian Pembukaan Akaun.

Untuk membuat Penambahan Simpanan pula tekan pada bahagian Penambahan Simpanan.

Seterusnya, anda akan dibawa kepada paparan berikutnya dan anda cuma perlu mengikut arahan yang tertera. Isi semua maklumat yang dipinta selengkapnya, dan selesai. Itu sahaja, mudah je kan?

Lagi aktiviti yang best-best, tak rugi kalau anda join

Bukan itu je tau aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen ini berlangsung. Ada banyak lagi acara-acara yang sangat menarik boleh anda sertai. Yang seronoknya, aktiviti-aktiviti ini boleh anda sertai secara dalam talian je. Jimat masa, jimat tenaga, jimat modal.

Antara aktiviti menarik lain yang boleh anda sertai sepanjang Oktober ini adalah TikTok Challenge #BMS2022, Happy Hour Bulan Menabung SIMPAN SSPN, Pertandingan Mewarna SIMPAN SSPN, Pertandingan Reka Tabung Kreatif SIMPAN SSPN dan Pertandingan E-Sports Mobile Legend: Bang Bang SIMPAN SSPN.

Semua aktiviti-aktiviti ini ada yang dianjurkan di peringkat negeri dan juga nasional. Anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan setiap aktiviti yang diadakan.

Jadi, jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini. Siapa tahu, kalau anda sertai Kempen Cabutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 anjuran Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), RM25,000 menjadi milik anda.

Hadiah-hadiah lain yang ditawarkan pun tak kurang hebatnya juga. Ayuh, sambil-sambil menabung untuk masa depan anak-anak, apa salahnya anda sertai kempen ini, demi masa depan anda sendiri pula kan.

Sumber : sk

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group percuma. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *