Info

Suami gha!b dibawa Iari ke thailand, tak tahu khabar samada masih hidup atau tidak.

KOTA BHARU: “Lima tahun saya menanti kepulangan suami yang hingga kini tidak kunjung tiba dan sepi tahun berganti tahun.

“Daripada anak berusia dua tahun ketika kejadian, kini anak saya sudah berusia tujuh tahun dan memasuki alam persekolahan tanpa kehadiran bapanya”.

Demikian luahan Nur Azra Syazwani Abdullah, 29, yang hingga kini buntu selepas suaminya dicuIik sekumpulan lelaki sebelum dipercayai dibawa Iari ke Thailand pada 5 Julai 2017 kerana dikatakan ada kaitan isu hutang.

Katanya, walaupun kejadian itu sudah lima tahun berlalu, segala detik yang berlaku di mana suami, Mohamad Aiman Zafri, 29, diheret di depan mata masih lagi segar dalam ingatan.

“Segala-galanya masih segar dalam ingatan saya termasuk jer!tan suami dipercayai dipukul sekumpulan lelaki yang mencuIiknya ketika mereka menghubungi saya.

“Tiada apa yang diharapkan, sekiranya benar suami saya meninggaI dunia, buktikan kepada saya dengan hanya memberi satu jari pun sudah memadai sekiranya saya tidak dibenarkan melihat suami.

“Nak kata saya masih berharap kepuIangan suami pun tidak juga memandangkan sudah lima tahun berlalu, apatah lagi suami dibawa Iari ke Thailand, macam-macam boleh berlaku,” katanya ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Media sebelum ini melap0rkan dalam kejadian jam 11.15 malam pada 5 Julai 2017, Mohamad Aiman dikatakan bersama isterinya berhenti di kedai runcit ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum didatangi sebuah kereta dinaiki tiga lelaki dan mem4ksa suami masuk kenderaan mereka.

Nur Azra Syazwani Abdullah, 29, bersama anaknya, Muhammad Rizqi Rayyan, 7, selepas kehilangan suami sejak lima tahun lalu. NSTP/ Ihsan Nur Azra
Nur Azra Syazwani Abdullah, 29, bersama anaknya, Muhammad Rizqi Rayyan, 7, selepas kehiIangan suami sejak lima tahun lalu. NSTP/ Ihsan Nur Azra

Susulan kejadian itu, isterinya dihubungi seorang lelaki menggunakan nombor telefon Thailand yang meminta wang tebusan RM50,000 sambil mend4kwa m4ngsa berhutang.

Azra berkata, sebelum ini dia sering kali bertanyakan perkembangan suaminya kepada pihak poIis, namun sejak tiga tahun lalu dia tidak lagi berbuat demikian memandangkan pihak berkuasa juga tidak menemui sebarang petunjuk.

“Kejadian yang berlaku membabitkan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, baru-baru ini mengingatkan kembali apa yang berlaku kepada saya.

“Saya memahami perasaan keluarga Rosnazirah, mereka baru mengalami selama seminggu namun saya sudah mengalaminya sejak lima tahun lalu.

“Namun, secara jujurnya saya tidak boleh membaca sebarang berita berkaitan kess Rosnazirah kerana ia mengingatkan saya kejadian yang men!mpa suami. Disebabkan itu seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengambil tahu tentang kess itu,” katanya.

Katanya, anaknya yang kini berusia tujuh tahun baru-baru ini ada bertanyakan bila bapanya mahu pulang walaupun ketika kejadian anaknya masih kecil.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menjawab setiap kali anak bertanya ‘bila daddy pulang.” Setakat ini setiap kali isu itu dibangkitkan, akan meminta anak terus berd0a supaya daddy pulang dengan izin AIIah.

“Walaupun harapan saya semakin tipis untuk melihat suami, saya sentiasa berdoa semoga segala urusan saya dan suami dipermudahkan,” katanya.

Sumber : beritaharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *