Hiburan Info

“Aku malas layan. Mainlah sorang-sorang sampai mamp0s” Dari atas jalan sampai kerumah dia ka cau.

Kejadian ini berlaku ketika aku bertugas di sebuah agensi di Komtar, Pulau Pinang. Sepanjang bertugas di Komtar, setiap hari aku berulang alik menaiki kereta dari rumah orang tuaku di pekan T ke tempat kerja di Komtar yang biasanya memakan masa perjalanan lebih dari sejam.

Setiap bulan Disember, Pesta Pulau Pinang diadakan di Sungai Nibong yang terletak kira-kira 8 kilometer dari ofisku. Agensi kami adalah antara agensi yang mengambil bahagian dalam Pesta Pulau Pinang yang berlangsung setiap malam sepanjang bulan Disember itu.

Bos agensi tempat aku bertugas telah mengarahkan aku mengetuai pavilion agensi kami dan memastikan ia sentiasa teratur dan menarik minat pengunjung.

Begitulah setiap hari rutin kerjaku sepanjang bulan Disember itu. Bangun pukul 5.00 pagi, bersiap, sarapan dan kemudian bergerak dari pekan T ke Komtar. Lepas kerja ofis selesai sebelah petang, aku terus bergegas ke tapak Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong pula untuk bertugas hingga pu kul 12.O0 malam. Lepas pavilion ditutup kira-kira pu kul 12.30 malam baru aku bergerak balik ke rumahku di pekan T. Biasanya aku sampai ke rumah orang tuaku di pekan T kira-kira pu kul 1.30 pagi. Paling awal pukul 2.00 pagi baru tidur. Dan esoknya pukul 5.00 pagi sudah bangun, bersiap untuk pergi kerja pula. Memang rutin yang memenatkan!

Suatu hari seperti biasa, pu kul 12.30 malam baru aku meninggalkan pavilion agensi kami di tapak Pesta Pulau Pinang untuk balik ke rumahku di pekan T.

Masuk saja ke dalam kereta, enjin dihidupkan dan aku terus memecut menaiki jambatan Pulau Pinang untuk pulang ke pekan T.

Dari jambatan Pulau Pinang aku mempunyai beberapa pilihan jalan untuk balik ke rumah. Kadang-kadang aku mengikut jalan Sungai Dua. Tapi malam itu aku pulang ke rumah mengikut jalan Kubang Semang-Penanti.

Ketika melalui kawasan perkvburan Cina Penanti, tiba-tiba lampu keretaku menyuluh sesuatu di hadapan. Ia seperti bongkah putih yang bertenggek atas busut di pinggir jalan.

Ketika itu dadaku mula rasa berdebar. Itu bukan malam pertama dalam lingkungan pukul 1.00 pagi aku melalui kawasan perkuburan Cina itu. Sejak bertugas di Pesta Pulau Pinang, Jalan Kubang Semang-Penanti adalah antara jalan kegemaranku untuk pulang ke rumah pada waktu-waktu sebegitu. Tapi itulah kali pertama aku nampak ada objek putih di antara kawasan kubvr dan pinggir jalan. Selalunya pu kul berapa pagi pun melalui jalan tepi kvbur Cina itu keadaan tenang saja.

Dalam jarak 20 meter menghampiri objek merupai bongkah putih itu, tiba-tiba objek itu bergerak turun dari busut yang didudukinya. Kemudian ia mel0mpat ke pinggir jalan raya.

Ketika itu dadaku semakin berdegup kencang. Degupan kian kencang apabila semakin mendekati semakin jelas rupa bentuk objek berkenaan.

Objek tersebut setinggi lebih sedikit dari satu meter menyerupai susuk tubuh perempuan yang memakai gaun labuh berwarna putih. Gaunnya sungguh labuh seperti gaun pengantin hingga meleret atas jalan raya. Kepalanya menunduk dan di atasnya terdapat segumpal rambut yang sangat panjang mengurai hingga hampir mencecah jalan.

Kereta yang kupandu membrek mengejvt apabila objek bergaun putih itu mula melintas jalan raya. Mula-mula ia bergerak dari kanan ke kiri jalan, kemudian ke kanan dan ke kiri jalan semula, berulang tanpa henti.

Pergerakannya sangat laju seperti memakai kasut roda. Kakinya tidak kelihatan kerana dilindungi gaun labuh yang meleret di atas jalan. Muka objek itu tidak jelas kerana ia kelihatan menunduk dengan tubuh membongkok ditutupi rambut panjang yang meleret atas jalan.

Seminit dua berlalu dan aku masih di situ. Tidak berani ke depan kerana t4kut berlanggar dengan objek itu. Bila aku berundur, ia mendekati aku pula.

Sesekali mataku melihat cermin belakang dengan harapan ada pemandu lain yang melalui jalan itu. Jika ada pemandu lain di belakang, sekurang-kurangnya rasa gervn yang sedang melanda akan berkuranglah sedikit. Tapi aku hampa, tiada kenderaan di belakangku.

Semakin lama menunggu semakin aku tidak sabar dengan game yang dimainkannya. Mundar mandir berterusan dari kanan ke kiri, kiri ke kanan tak henti-henti.

“AuzubiIIah-minasya!ton-nirajeem..AIIahuakbar!” itu saja ungkapan yang kuingat untuk diucap ketika itu.

Serentak dengan ucapan tersebut aku terus menekan minyak kereta menuju ke arah objek tersebut. Dalam hati berkata: apa nak jadi, jadilah!

Ketika menghampiri dalam jarak 1 meter, objek berkenaan tiba-tiba bergerak laju ke udara, diikuti oleh bunyi menderu seperti ada taufan kuat meniup di luar tingkap kereta.

Aku terus tekan minyak, menggerakkan kereta ke depan. Mataku tidak berani menoleh ke kiri dan kanan jalan, juga tidak berani menoleh ke arah atas. Cermin belakang kereta aku tolak ke atas supaya mataku tidak nampak apa-apa objek di belakang.

Aku cuma fokus memandu ke depan. Dalam hati cuma berkata: jika tiba-tiba objek itu terjun di depanku, aku tawakkal untuk melanggarnya saja. Apa nak jadi, jadilah!

Mujur juga objek itu tidak mengg4nggu perjalananku lagi selepas itu.

Apabila sampai dekat pekan T, barulah cermin belakang kereta aku toIak ke kedudukan normal. Aku perhatikan ke arah cermin belakang dan alhamdulillah tiada apa-apa lemb4ga pelik yang mengekoriku.

Sesampai di rumah, aku matikan enjin kereta. Ketika menghampiri daun pintu, tiba-tiba bulu romaku menegak. Tengkuk juga tiba-tiba rasa meremang semacam.

Hairan juga aku. Ketika objek putih tadi melintas tak henti-henti di depanku, walaupun ada ketakvtan yang luar biasa tetapi bulu romaku tidak langsung meremang. Sekarang dalam keadaan sudah selamat untuk memasuki rumah, tiba-tiba meremang pula jadinya.

Aku masuk ke dalam rumah dan menjeling jarum jam. Ah..sudah pukul 1.30 pagi rupanya. Ibu, ayah dan adik-adikku semuanya sudah tidur. Hanya ruang tamu dan dapur sahaja yang lampunya menyala ketika itu.

Sebelum masuk tidur aku ke dapur untuk mengambil segelas air. Aku masukkan air itu ke dalam gelas dan meletakkannya atas meja dapur.

Kemudian aku ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum tidur.

Ketika keluar dari bilik air untuk meneguk gelas air atas meja, aku terkejvt bukan main!

Gelas yang aku letakkan di atas meja kelihatan tertiarap. Meja basah, air bercucuran melimpahi lantai.

Hairan juga aku, siapa yang meniarapkan gelas dan menumpahkan air di atas meja? Orang di dalam rumah semuanya sudah tidur. Yang belum tidur cuma kucing peliharaan kami yang asyik mengiau di ruang tamu.

Ketika aku cuba memegang gelas yang tertiarap di atas meja, aku hampir terjerit apabila gelas itu tiba-tiba terlompat-lompat di atas meja. Aku cuba memegang gelas dan menghentikan lompatannya tetapi tanganku terasa ditepis oleh seseorang.

Mataku liar memerhatikan ruang dapur seluas kira-kira 7 meter x 7 meter itu. Tapi tidak nampak sesiapa di situ. Habis siapa yang menepis tanganku tadi?

Tiba-tiba mataku terpaling ke arah rak pinggan mangkuk berhampiran meja makan. Cawan-cawan yang berada atas rak paling atas kelihatan bergoncang dan bergeseran sesama sendiri mengeluarkan satu bunyi bising apabila berIaga. Walaupun ada gerakan kuat berIanggar sesama sendiri, anehnya semua cawan-cawan itu tidak sedikit pun jatuh ke lantai.

Jemunya…tadi atas jalan raya. Kini di dalam rumah pula. Entah permainan apa yang makhluk-makhluk ini sedang mainkan?

“Orang nak kerja la esok,” kataku dengan nada lembut tapi cukup jelas, “Dah..jangan dok kacau aku lagi. Hang dan aku sama jaa, kita sama-sama makhluk AIIah. Hang baliklah pi rumah hang. Balik ya…?”.

Mataku menatap ke arah cawan-cawan atas rak. Rasa agak kece wa kerana cawan-cawan masih bergoncangan berlanggar sesama sendiri di atas rak.

“Ikut suka hanglah”, aku bersuara dengan nada lembut, “Orang suruh balik masih nak main-main di sini. Aku dah nak tidur ni. Mainlah hang sorang-sorang sampai mamp0s di situ.”

Kemudian aku ke bilik air. Aku mengambil wuduk untuk soIat sunat sebelum tidur.

Ketika keluar ke dapur nampak cawan-cawan sudah kembali aman di dalam kedudukan asal. Tiada lagi goncangan, tiada lagi bunyi perlanggaran sesama sendiri.

Entiti yang aku tidak pasti apa namanya yang mengerakkan cawan-cawan tadi mungkin sudah pergi. Mungkin sudah jemu kerana permainannya tidak dilayan.

Aku mengucapkan syukur. Ujian AIIah untukku pada malam itu sudah berakhir. AlhamduliIIah.

Beberapa hari kemudian ketika berbual dengan adik perempuanku Ani, dia menceritakan dia juga pernah mengalami g4ngguan yang hampir serupa di dalam rumah yang kami diami ketika balik ke rumah lewat malam beberapa minggu sebelumnya.

Maknanya g4ngguan yang kualami dalam rumah hari itu tidak ada hubungan dengan objek putih yang kutemui berhampiran kvbur Cina Penanti.

G4ngguan di dalam rumah kami itu mungkin datang dari spesis lain yang mungkin tidak sekeras makhluk yang kujumpa berdekatan kvbur Cina. Sekurang-kurangnya spesis yang berada dalam rumah kami itu masih boleh dipujuk dan mendengar kata!

Sumber : kchm

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group percuma. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Jom kongsikan pengaIaman dan kisah yg menarik daIam form ini > https://forms.gle/kisahpanass

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *