Info

Jangan asyik bagi bantuan kewangan sahaja kepada goIongan asnaf.

NILAI: Golongan asnaf tidak sepatutnya terus dimanjakan dengan bantuan kewangan semata-mata, sebaliknya sikap dan pemikiran mereka perlu diubah.

Pengerusi Yayasan Basmi Kem!sk!nan, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, golongan asnaf perlu dibantu memajukan diri, misalnya dengan menceburi bidang tertentu yang dapat membantu mereka keluar dari kepompong kem!sk!nan.

“Sekarang ini kita nak ‘ternak’ atau kita nak basmi? Kalau kita ternak, lama kelamaan mereka akan jadi semakin manja.

“Ia sehinggakan bila YBK mahu mencari orang bekerja mengutip cili pun semuanya tidak mahu kerana mereka kata telah dapat bantuan setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucap tama bertajuk ‘Zakat dan Kem!sk!nan’ pada Program Muzakarah Kebangsaan 2022 Kali Ke-9 di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Sementara itu Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, institusi zakat perlu diberi kuasa aut0nomi untuk mentadbir tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak berkepentingan.

“Pihak pentadbir zakat di seluruh negara sewajarnya diberi ruang untuk berfungsi dalam bidang tersendiri dengan mengutamakan kepentingan dan keperluan segera para asnaf.

“Janganlah pusat zakat itu diletakkan dalam pentadbiran yang ada lebih kuasa daripada pusat zakat itu sendiri dan paling penting wang zakat itu perlu diIindungi dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain,” katanya.

Dakw4nya, ada negeri yang soal pembahagian wang zakatnya terbengkalai kerana tidak diberi perhatian secukupnya.

Pada admin, boleh nak manjakan mereka tetapi yang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal yang serba kekurangan yang ada anak kecil tu boleh dikecualikan. Iyalah macam mana nak bekerja kalau keadaan mereka macam tu. Kalau asnaf tu bertubuh sihat, yang itu mesti di didik untuk berusaha sendiri. Sampai bila nk jadi penerima zakat kan? Tak teringin ke nak jadi penyumbang zakat pula?

sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *