Info

Takbir raya Aidiladha bergema selepas soIat subuh sebentar tadi.Dah raya ke hari ni? Ini sedikit penjelasannya

Takbir hari raya Aidilfitri berbeza dengan takbir hari raya Aidiladha.

Takbir hari raya Aidilfitri bermula pada Maghrib malam satu Syawal sehingga selesai soIat sunat Aidilfitri.

Ia disebut sebagai takbir mursal. Dalilnya, AIIah SWT berfirman yang bermaksud: “…hendaklah kamu mencukupkan bilangan (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan AIIah (ber-
takbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Ayat itu jelas menunjukkan ketika selesai melaksanakan ib4dat puasa pada bulan Ramadan, maka disyar!atkan untuk mengagungkan AIIah dengan bertakbir.

Ibn Abi Syaibah meriwayatkan bahawa RasuIuIIah SAW keluar rumah menuju ke kawasan lapang, kemudian Baginda bertakbir sehingga tiba di kawasan lapang itu.

Baginda tetap bertakbir sehinggalah selesai soIat. Selesai soIat, Baginda menghentikan takbir.

Hadis itu juga menunjukkan soIat hari raya tidak semestinya dilakukan di masj!d, bahkan Baginda turut mengadakan soIat hari raya di kawasan lapang.

Takbir hari raya Aidiladha pula dilakukan bermula selepas selesai soIat Subuh 9 Zulhijjah sehinggalah selesai soIat Asar 13 Zulhijjah.

Takbir itu disebut sebagai takbir Muqayyad kerana ia dilakukan setiap kali selesai soIat fardu.

Antara dalilnya iaitu daripada Ibn Abbas bahawa beliau bertakbir selepas soIat Subuh pada 9 Zulhijjah sehinggalah 13 Zulhijjah. Beliau tidak bertakbir selepas Maghrib (malam 14 Zulhijjah). (Riwayat Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi)

Begitu juga daripada Ibn Mas’ud, beliau bertakbir selepas soIat Subuh pada 9 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah. (Riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Imam an-Nawawi dalam Al-Majmu)

Disebut juga dalam kitab fiqah antaranya Fathul Qa-
rib al-Mujib
 oleh Syeikh Abu Abdillah Muhammad Ibn Qasim as-Syafii iaitu takbir Aid (hari raya) terbahagi kepada dua jenis iaitu takbir mursal dan takbir muqayyad.

Takbir mursal ialah takbir yang tidak dikaitkan dengan waktu soIat fardu atau soIat svnat. Takbir mursal dilakukan pada setiap waktu, di mana pun dan dalam keadaan apa pun.

Takbir itu juga dilakukan oleh lelaki dan perempuan sama ada di rumah, jalan, masjid, pasar dan sebagainya.

Waktu melakukan takbir mursal bermula sebaik terbenamnya matahari (Maghrib) malam hari raya hinggalah im4m mengangkat takbiratul ihram soIat hari raya.

Kedua, takbir muqayyad iaitu perlaksanaannya memiliki masa yang khusus iaitu mengiringi soIat.

Maksudnya dibaca selepas melaksanakan soIat fardu dan soIat sunat.

Waktu takbir bermula selepas soIat Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehinggalah Asar akhir hari Tasyriq (13 Zulhijjah).

Maksudnya, takbir muqayyad dilakukan dalam masa lima hari bermula 9 Zulhijjah hinggalah 13 Zulhijjah.

AIIah SWT berfirman dalam Surah al-Haj, ayat 28 yang bermaksud: “… supaya mereka berzikir (menyebut) nama AIIah pada hari yang telah ditentukan…”

Firman-Nya lagi dalam Surah al-Baqarah, ayat 203: “…dan berzikirlah (dengan menyebut) AIIah dalam beberapa hari yang berbilang.”

Maksud berzikir pada ayat itu menurut pandangan ulama ialah bertakbiran.

Ibn Abbas mengatakan bahawa yang dimaksudkan “…hari yang ditentukan…” ialah tarikh 1 hingga 10 Zulhijjah, sedangkan maksud “…beberapa hari yang berbilang…” ialah hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Perkara berkenaan disebut oleh Ibn Hajar dalam kitab Fathul Bari. Ia adalah takbir yang tidak ter!kat dengan waktu iaitu disebut sebagai takbir mutlaq.

SUMBER : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *