Hiburan Info

Inilah kelebihan bila dapat kerja “Gomen”. Roadtax kenderaan pun boleh bayar ansuran tau!

Gambar diatas sekadar hiasan sahaja

BEKERJA sebagai penjawat awam ada banyak faedahnya, antaranya adalah gaji yang stabil, b0nus musim perayaan dan juga pencen yang terjamin.

Kini, penjawat awam bakal mendapat satu lagi manfaat iaitu mereka boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cuk4i jalan secara ansuran menerusi program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com.

Program yang diilhamkan oleh Kemen terian Sumber Manusia, di bawah kerjasama strategik antara PERKESO, ANGKASA dan A Tech Insure Sdn Bhd ini telah diIancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ismail Sabri, program itu berlandaskan konsep patuh syar!ah Qardhul Hasan (pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba) dan bakal memanfaatkan kira-kira 1.6 juta penjawat awam termasuk yang bertaraf k0ntrak.

Menerusi myezycover.com, penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cuk4i jalan tanpa sebarang bayaran pendahuluan dan faedah. Pembayaran balik boleh dilakukan menerusi Skim Pot0ngan Gaji ANGKASA (SPGA) sehingga 10 bulan.

Penjawat awam tetap dan bertaraf k0ntrak layak memohon skim pembiayaan insurans ini dengan syarat nisbah hutang tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan bulanan.

“Melalui myezycover.com, penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan di hujung jari dengan mudah, jimat dan pantas. Nota perIindungan insurans diperoleh dalam masa hanya lima minit,” kata Ismail Sabri.

“Inisiatif ini tidak berorentasikan komersial semata-mata. Apa yang paling penting, ia dapat membantu merealisasi konsep Keluarga Malaysia berasaskan indeks kebahagiaan yang menjadi tanda aras komitmen dan kesungguhan kerajaan,” tambah beliau lagi.

Sumber : engear

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *