Hiburan Selebriti/Artis

Ameera bukan tak bertudung cuma kadang-kadang dia pakai secara “headband”

Usahawan yang juga ibu kepada selebriti popular Neelofa, Datin Noor Kartini mengakui anaknya, Ameera Khan masih dalam proses mengenakan tudung dengan sempurna.

Menurut Kartini, 55, dia pada masa sama optimis sekiranya semua mend0akan yang baik-baik.

“Kalau kita tengok, Ameera bukan (belum lagi) bertudung secara penuh. Ada ketikanya dia masih mengenakan topi atau ‘headband’. Maksudnya, dia masih lagi dalam fasa untuk melatih diri dia (bertudung dengan sempurna).

“Jadi bagi sayalah, sesiapa sahaja baik kita lagi d0akan yang baik-baik sebab yang baik tu kita juga yang akan dapat nanti, InsyaAIIah,” katanya.

Kartini berkata demikian ketika ditemui di Majlis Kucate Gold Rally Winner Celebration di Mutiara Damansara, petang Rabu.

Ditanya soal tempias yang sering diterimanya susulan isu hangat membabitkan anak-anak, ibu kepada sembilan anak ini mendeddahkan masa mereka sebenarnya lebih banyak bersama keluarga.

“Saya begini, boleh dikatakan bersyukur kerana tiada satu pun anak saya, selama tinggal di ibu kota Kuala Lumpur ini, orang nampak mereka di pusat hiburan, minum (minuman ker4s), mab0k, hisap r0k0k apa semua tak ada.

“Sebab kalau nak diikutkan dengan keadaan serta kehidupan gaya hidup kita, orang kata banyak lagi benda-benda lain yang lebih teruk kan.

“Tapi alhamduliIIah, kita bersama-sama dalam ‘circle’ keluarga. Malah Ameera pun selalu bersama-sama adik beradik yang lain kecuali jika ada jemputan di majlis jenama tertentu. Macam itu sahaja.

“Cuma mungkin sebab kita dikenali, jadi apa sahaja benda kecil pun orang akan nampak besar. Sedangkan orang lain mungkin ada hal yang lebih besar lagi, tapi tertutup (tidak diperbesarkan).

“Kita kena terima benda itu. Kalau kita bukan siapa-siapa, tak ada orang nak ambil tahu. Jadi kena kuatlah,” katanya lagi.

Terdahulu, penampilan personaliti berusia 22 tahun itu yang mengenakan aksesori kepala sambil rambutnya mengurai di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Malah, perkongsian berkenaan membuatkan ada yang keliru dengan imej Ameera yang didak wa sering ‘on-off’ dalam etika menutup aurat.

Dalam netizen mengkritik, tidak kurang yang turut mend0akan supaya Ameera terus istiqamah seterusnya mengikut jejak langkah Neelofa yang menutup aurat sepenuhnya.

Sumber : mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *