Info

Ada yang nak ke Perak Ke tu? Nanti singgah lah salah satu dari 5 lokasi ni ye

Sekali-sekala pergi ke kolam air p4nas memang layan. Sambil merendam kaki dapat juga menikati keindahan alam.

Kebiasaannya kolam air pan4s juga mampu memberikan dan meraw4t kulit kaki. Buat anda yang berada di Perak, ini LIBUR kongsikan beberapa lokasi kolam air p4nas yang boleh anda kunjungi.

Felda Residence H0t Springs, Sg. Klah, Sungkai

Lokasi yang terletak di Sungkai ini turut dikenali dengan nama Taman Rekreasi Air Sg. Klah. Dek kerana kawasan ini adalah dibawah Felda Residence H0t Springs, ianya dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan pemandangan itu membuatkan lokasi ini nyaman kerana banyak tumbuh-tumbuhan semula jadi yang menghijau hidup di situ. Kalau anda hanya ingin mandi air p4nas, anda boleh berbuat sedemikian dan usah khuatir kerana di sini juga ada kolam biasa untuk anda yang datang saja-saja nak main air selain air p4nas.

Boleh pilih antara dua – sama ada nak mandi di kolam terbuka atau mandi kolam priv4si. Yang pasti, kena datang awal sebab ramai orang yang berkunjung ke sini terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum. lagi satu perkara, anda tidak dibenarkan membawa makanan dari luar. Jangan risau tentang makanan kerana di sini ada peniaga yang menjual makanan kepada anda. Untuk anda yang nak bermalam di sini, penginapan di Felda Residence menyediakan pelbagai pilihan untuk anda dan boleh ke laman sesawang Felda Residence untuk membuat tempahan.

Bayaran masuk:

Dewasa (12-54 tahun)
Tempatan – RM15
Antarabangsa – RM18

Kanak-kanak (4-11 tahun)
Tempatan – RM12
Antarabangsa – RM15

Kolam air p4nas priv4si berharga dari RM80 ke RM120 untuk ruang berhawa dingin dan boleh memuatkan 4-6 oang dewasa dengan selesa.

TRIVIA
Penyelidikan oleh New England Medicine menunjukkan pes4kit di4betes yang berendam selama setengah jam di dalam air suam boleh menurunkan 13% kadar gula dalam d4rah

Kolam Air P4nas Lubuk Timah, Simpang Pulai

Orang Perak mesti dah biasa dengan tempat ni, tapi kalau anda yang datang dari luar Perak, ini spot air pan4s yang perlu anda kunjungi sekiranya ingin merasai kelainan kolam air p4nas berbanding tempat-tempat lain. Anda boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa sahaja tapi cadangan kepada anda adalah diluar musim hujan.

Keadaan hujan boleh membuatkan persekitaran di sini menjadi licin dan membawa ris!ko keced3raan kepada pengunjung terutamanya kepada kanak-kanak. Maknanya dari bulan November hingga Februari adalah masa yang kurang sesuai untuk ke sini. Selain daripada itu adalah masa yang terbaik.

TRIVIA
Rendamkan badan selama 10 hingga 20 minit di dalam air bersama yang mengandungi campuran larutan soda bikarbonat (serbuk penaik) mampu mengatasi ruam atau jangk!tan kulit

Air P4nas Pengkalan Hulu, Pengkalan Hulu

Chalet Air Panas Pengkalan Hulu ni juga satu persinggahan yang menarik kalau anda merancang untuk bercuti ke Thailand anda nak ke Royal Belum, Perak. Singgah la ke sini bersama keluarga untuk menikmati kolam air p4nas.

Banyak review daripada orang awam yang mengatakan tempat ini menarik untuk dilawati dan terdapat kemudahan untuk anda menginap di sini barang semalam dua. Cas masuk juga berpatutan, hanya RM2 seorang. Jadi pada sesiapa yang nak ke Thailand melalui Stesen Imigresen Bukit Berapit, boleh singgah dulu ke sini ya.

TRIVIA
Kajian pakar perubatan di Jepun telah mendapati air pan4s semula jadi juga amat baik untuk mer4wat penyak!t dalaman seperti lenguh-lenguh badan, sak!t jantung, d4rah tinggi, lvmpuh, kencing manis dan bar4h

Kolam Air P4nas Kuala Woh, Tapah

Hutan Lipur Kuala Woh yang terletak di daerah Tapah, Perak bukanlah lokasi pelancongan yang baharu. Namun masih ramai yang belum tahu mengenai keindahan alamnya.
Keunikan lokasi ini adalah pengunjung boleh mandi-mandi di kawasan jeram air terjvn. Dalam masa yang sama dapat menikmati kolam air p4nas di situ.

Kemudahan yang disediakan sangat membantu pengunjung yang datang. Kemudahan asas seperti pondok rehat, tandas, bilik persalinan, tapak perkhemahan, dewan terbuka dan chalet memudahkan orang ramai yang datang bersama ahli keluarga atau berkumpulan.
Suasananya yang tenang dengan bunyi kicauan burung membuatkan hati tidak sabar untuk menjelajah ke kawasan tersebut.
Kawasan sekitarnya bersih dan terjaga, tiada sampah di buang di merata-rata tempat dan pengunjung yang datang juga masing-masing faham mengenai aspek penjagaan kebersihan.

Waktu operasi:

7 pagi – 6 petang

Bayaran masuk:

Dewasa (18 tahun ke atas) – RM2
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM1
Kanak-kanak (18 tahun ke bawah) – RM1
kanak-kanak (3 tahun ke bawah) – Percuma
Warga Asing – RM5

TRIVIA
Berendam pada kolam air p4nas dipercaya mampu untuk mengurangkan sttress

Kolam Air P4nas Trong, Taiping

Kolam air panas ini terkenal sebagai kolam air pan4s untuk perub4tan. Ada beberapa pilihan untuk anda menikmati air p4nas di kolam ini – ada kolam Puteh, kolam Jepun, bilik mandi tertutup bilik VIP dan kolam khas yang boleh memuatkan 10 pengunjung dalam satu-satu masa.

Setiap pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak RM2 sahaja tetapi sekiranya anda ingin upgrade menggunakan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam VIP atau kolam khas yang disediakan, bayaran bermula daripada RM10 ke atas akan dikenakan kepada anda. Kepada anda yang ingin ke sini dan membuat tempahan, boleh hubungi 05-8553990.
Waktu operasi: 8 pagi – 12 tengah malam termasuk hari cuti (kecuali cuti raya)

Sumber : majalah libur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *