Info

Dah boring pakai skuter jepun? Boleh dah try skuter conti ni. Aprilia pulak tu…

DENGKIL: Didi Group, pengedar tunggal motosikal Aprilia di Malaysia memperkenalkan Aprilia SRT GT dan Tuareg 660 serba baharu ke pasaran tempatan.

Bagi Aprilia SR GT 200 ia didatangkan dengan pilihan dua varian iaitu Standard yang ditawarkan pada harga bermula RM19,900 dan Sport (RM20,900), manakala harga pengenalan Aprilia Tuareg adalah RM75,900.

Aprilia SR GT yang dinantikan peminat tempatan hadir sebagai jentera yang sesuai untuk kegunaan harian, sementara itu, pelancaran Aprilia Tuareg 660 yang dibangunkan dari teknologi Aprilia 660 menandakan kembalinya nama ikonik dalam tunggangan ‘off-road’.

Selain dari mudah dikenali sebagai motosikal Aprilia dengan hanya sekali pandang, Aprilia SR GT menampilkan kedudukan menunggang yang membolehkan kawalan terbaik di jalan raya.

Selain itu, SR GT versi 200 ini dikuasakan enjin i-Get 174cc.

Pengerusi Didi Group, Rewi Ahmid Bugo, berkata, Aprilia SR GT adalah skuter ‘urban adventure’ pertama oleh Aprilia, bukan hanya direka untuk menyvntik semula keseronokan dalam tunggangan harian di kawasan bandar malah untuk pengembaraan jarak jauh dan laluan yang jarang diterokai.

“Segala-galanya mampu dengan model ini menerusi kelengkapan yang diinspirasikan dari dunia enduro,” katanya ketika melancarkan dua model terbaharu itu di sini, hari ini.

Aprilia SR GT 200 mula secara global di EICMA 2021 adalah skuter kompak yang direka untuk menyvntik semula keseronokan dalam tunggangan harian tetapi juga sesuai untuk pengembaraan hasil daripada ciri yang diinspirasikan daripada dunia enduro.

Dengan SR GT, posisi menunggang yang agr3sif dan ‘handlebar’ yang lebar meningkatkan tahap kawalan yang lebih baik manakal suspensi yang panjang dan jarak kelegaan tanah yang tinggi memastikan segala halangan mudah diatasi.

Tayar jenis ‘all terrain’ pula membolehkan penunggang untuk bergerak atas permukaan rata dan berbatu.

Aprilia SR GT digerakan enjin i-Get yang lengkap dengan sistem Start & Stop dan menawarkan kelengkapan komprehensif antaranya lampu LED, paparan digital LCD dan sistem keterhubungan Aprilia MIA (optional).

Harga pengenalan Aprilia Tuareg adalah RM75,900.
Harga pengenalan Aprilia Tuareg adalah RM75,900.

Sementara itu, Aprilia Tuareg 660 pula direka untuk mengatasi senario ‘off-road’ yang paling sukar sambil menjanjikan tunggangan yang selesa dan mengujakan.

“Ini adalah maklum balas Aprilia kepada permintaan generasi baharu yang mahukan jentera yang mudah ditunggang dan berkemampuan di samping menawarkan keterujaan untuk tunggangan harian.

“Hasilnya sebuah jentera bersaiz pertengahan yang menawarkan konsep ‘sporty’ baharu, menepati jangkaan pengguna yang muda dan berpengalaman sekaligus menjadikan motosikal ini jentera ‘off-road’ yang sebenar,” jelas Rewi.

Selain mewakili platform 660, Aprilia Tuareg 660 juga menandakan permulaan era baharu bagi Aprilia.

Ia tampil sebagai jentera yang ringan dan berprestasi tinggi dengan rekaan menarik dan unik, Tuareg 660 juga dilengkapi dengan teknologi premium sekaligus meneruskan kesinambungan RS 660 dan Tuono 660.

Tuareg juga adalah nama yang diperkenalkan Aprilia pada 1985 yang kemudiannya bertukar menjadi legenda.

Dengan sejarah yang cukup terserlah, nama Tuareg menggambarkan beberapa ciri unik; pengalaman menunggang berkualiti, berprestasi tinggi dan menyeronokan. Tuareg 660 juga menawarkan keterujaan sama di jalan raya termasuk tunggangan jarak jauh.

Dibangunkan daripada platform mekanikal enjin silinder berkembar Aprilia 660, lakaran sulung direka bagi memastikan enjin tersebut boleh dimuatkan pada chasis yang pelbagai.

Tuareg 660 direka, dibangunkan dan dihasilkan dengan kombinasi sebagai motosikal enduro satu-silinder dan motosikal ‘adventure’ kapasiti pertengahan.

Ia sekali gus meletakkan Tuareg 660 sebagai penanda aras baharu dalam segmen motosikal adventure ‘off-road’ tetapi pada masa sama, menawarkan kemampuan menunggang di atas jalan raya hasil bantuan prestasi enjin yang menjana 80 kuasa kuda (hp) di samping berat yang hanya 187 kilogram (berat kering).

Sumber : bh online

Leave a Reply

Your email address will not be published.