Info Semasa

Geng plastik hitam, kami sentiasa pantau anda ~ Jabatan Agama IsIam Perak

IPOH: Setiap kali Ramadhan tiba, isu yang kerap dibincangkan ialah perbuatan individu p0nteng puasa yang dikenali sebagai geng plastik hitam.

Geng plastik hitam ini merujuk kepada mereka yang p0nteng puasa dan membeli makanan yang kemudiannya dibungkus dalam plastik hitam bagi mengaburi mata orang lain.

Di Ipoh, antara lokasi yang menjadi tumpuan geng plastik hitam ini ialah restoran mamak yang lazimnya buka sejak dari pagi.

Tinjauan di sekitar Ipoh pada hari pertama Ramadan tahun ini mendapati suasana agak berbeza, berbanding tahun-tahun lalu kerana banyak restoran mamak yang menjadi tumpuan, tutup pada hari pertama puasa.

Difahamkan, kebanyakan restoran berkenaan hanya akan dibuka semula pada hari kedua.

Tinjauan Astro AWANI di beberapa restoran yang dibuka pada Ahad mendapati, masih terdapat segelintir lelaki yang dipercayai umat IsIam yang membeli makanan yang dibungkus di dalam plastik hitam.

Bagaimanapun, bilangan mereka tidak ramai seperti yang pernah dilihat sebelum ini.

Sebaliknya, tinjauan mendapati, restoran-restoran mamak ini didominasi oleh penghantar makanan dari pelbagai syarikat.

Ini menimbulkan persoalan, apakah geng plastik hitam semakin kurang sebaliknya peranan mereka diambil alih penghantar makanan atau rider.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama IsIam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya sentiasa memantau isv ini, yang telah berlarutan sejak dari dulu lagi.

Beliau menasihatkan pengusaha restoran, khususnya yang beragama IsIam supaya jangan bersubahat dengan geng plastik hitam untuk mencari keberkatan rezeki dalam bulan Ramadhan.

Sumber : Astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *