Viral/Trending

Makcik tak sed!h malah bangga anak makcik “Kak Long 7E” masuk tv dan rezeki semakin mencurah-curah

Nama Kak Long 7E jadi bualan hari ini, semuanya gara-gara Tv Al H!jrah yang menjemputnya sebagai salah seorang tetamu dalam rancangan Al H!jrah.

Memang ramai yang tak setuju sehingga akhirnya TV Al H!jrah membuat keputusan untuk tangguhkan tayangan episode Kak Long berkenaan.

Walaupun ramai yang berkata yang kurang baik kepada Kak Long 7E, namun emak kepada Kak Long tetap percaya dengan anaknya itu.

Emak kepada Kak Long, Kamsah Haizam yang berumur 54 tahun berkata, dia terasa hati juga melihat keadaan yang men!mpa anaknya itu.

Jika buka saja Facebook, memang ramai yang mengata anaknya.

“Mak cik buka saja Faceb00k, akan ada nampak pelbagai cerita pasal Kak Long. Ada yang kami kenal pun cakap benda tak baik termasuk jiran dan rakan-rakan. Makcik terus slide laju-laju.”

“Semua orang ada keluarga sendiri. Sama juga dengan Kak Long. Kasihan kat dia, banyak benda dia nak uruskan. Yang mengata tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Sekarang ni, memang rezeki Kak Long mencurah-curah.”

“Itukan rezeki dia. Kak Long pun meamng nak betulkan keadaan, dia pun ada masa depan. Makcik tahu Kak Long ni seorang yang berbakat. Makcik d0akan agar dia dapatlah untuk harumkan nama negara satu hari nanti.”

Tentang kehadiran anaknya sebagai tetamu jemputan Al H!jrah, bagi Kamisah, itu bukannya benda yang patut diperbesarkan.

“Dia masuk Tv pun ada juga yang kata bukan-bukan. Sudah tentu sebelum jemput tu, pihak penerbit akan kaji dan selidik dulu.”

“Nak cakap sed!h tu, makcik tak pun. Tapi Kak Long ni jenis yang tak suka pendam, kalau ada sesuatu hal, dia akan terus nak selesaikan. Makcik faham, dia ibu, makcik pun seorang ibu.”

Itulah luahan hati dari emak kepada Kak Long 7E iaitu Kamisah melalui laporan portal Mstar.

Sumber : newstel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *