Info Selebriti/Artis

(Video) Dah la seakan-akan ikut sunn4h, Satu posting je dianggarkan bernilai RM9.78 juta!

POPULARITI Crlstiano Ronaldo bukan sahaja dalam dunia sukan bola sep4k, malah turut memiliki peng4ruh kuat di media sosial.

Pada 8 Februari lalu Ronaldo mencatat sejarah baharu di laman sosial Inst4gram apabila direkodkan manusia pertama mempunyai pengikut paling ramai iaitu seramai 400 juta orang.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Ronaldo memuat naik video sebagai reaksi kepada pencapaian itu.

“Woww, What a number..”

“Kini saya boleh katakan SIUUU! Tanpa anda semua, ini semua tidak akan terjadi,” kata pemain Portugal itu.

Terdahulu, Daily Mail melap0rkan setiap hantaran Inst4gram Ronaldo bernilai £1.72 juta (bersamaan RM9.78 juta).

Pada September 2021, Ronaldo mempunyai 237 juta pengikut yang mana nilai bagi setiap hantaran ialah £1,019,100 (bersamaan RM5.79 juta).

Pemain berusia 37 tahun itu menerima 163 juta pengikut baharu dalam masa lima bulan dengan purata 10 juta bagi setiap hantaran.

Cristiano biasanya akan memuat naik hantaran foto bersama keluarga, foto ketika menjalani latihan dan gambarnya ketika melancong ke luar negara.

Berikut ialah senarai 10 akaun Instagram yang mempunyai pengikut paling ramai di dunia.

Cristiano Ronaldo: 404 juta

Kylie Jenner: 312 juta

Leo Messi: 308 juta

The Rock: 298 juta

Selena Gomez: 298 juta

Ariana Grande: 295 juta

Kim Kardashian: 287 juta

Beyonce: 238 juta

Justin Bieber: 221 juta

Kendall Jenner: 219 juta

Sebelum ini peminat turut memuji tingkah laku bintang tersebut yang dilihat melalukan sesuatu yang amat membanggakan.

Ketika memasuki padang untuk sesi mem4naskan badan dan perIawanan, Cristiano dilihat peminat melangkah masuk menggunakan kaki sebelah kanan.

 

Malah, selepas aksi perlawanan, bintang bolasepak yang memiliki 342 juta pengikut di Instagram itu turut melangkah keluar menggunakan kaki yang sama.

Sumber : sinarplus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *