Info

“Bakat si kidal”.Tengok dalam gambar je dah terpesona, apa lagi kalau tengok dia tulis depan-depan

KEINDAHAN seni khat cukup unik dan menarik namun bukan semua orang mampu menghasilkannya dengan baik kerana memerlukan ketekunan, kesabaran serta minat yang tinggi.

Lenggok huruf, susunan perkataan yang mempunyai maksud tersendiri membuatkan ia tampak unik selain menyerlahkan keindahan seni khat.

Bagi pelajar jurusan Antropologi dan Dakw4h, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu, Ahmad Amin Yahaya, minatnya dalam bidang penulisan khat muncul sejak di bangku sekolah kerana tertarik dengan keunikan seninya.

Kata Ahmad Amin, 25, pendedahan awal dirinya terhadap seni tulisan ini bermula sejak dibangku sekolah selepas cukup tertarik dengan pelbagai jenis khat sehingga membuatkannya ingin belajar dan mendalaminya.

“Pada saya seni khat cukup halus dan berada dalam kelasnya tersendiri yang menjadikan ia unik… itu membuatkan saya jatvh hati dengan seni itu,” katanya kepada mStar.

Antara seni tulisan khat yang berjaya mengetengahkan karya Amin dengan sentuhan identiti yang tersendiri.

Tangan kidal bukan halangan

Bercerita lanjut mengenai minatnya dalam seni ini, Ahmad Amin berkata, mempelajarinya bukanlah suatu perkara mudah malah perlu mendalami ilmu di samping mencari guru berpengalaman apatah lagi dia seorang kidal.

Namun dia tidak pernah menjadikan kidal sebagai penghaIang untuk mendalami seni khat malah menyifatkan berkarya dengan tangan kiri banyak memberi kelebihan kepadanya memandangkan kedudukan tulisan Arab dan Jawi yang ditulis dari sebelah kanan.

“Kidal atau tidak bukan masalah besar sebaliknya ia kelebihan kerana jika menulis dengan tangan kanan ia boleh comot apatah lagi menggunakan dakwat cair tetapi kalau dengan tangan kiri jarang r0sak sebab ia bertentangan dengan tulisan Arab dan Jawi yang bermula dari kanan.

“Tetapi teknik yang betul adalah kunci kepada seni khat dan latihan berterusan perlu dilakukan supaya hasilnya cantik dan kemas,” katanya.

Selain seni tulisan khat yang mencvri perhatian pengunjung.

Tambahnya, dia sendiri mengambil masa selama tujuh tahun untuk betul-betul mahir menggunakan empat kaedah seni khat iaitu Thuluth, Nasakh, Riqa’ah dan Diwani Jali.

Bagi memantapkan kemahirannya, Ahmad Amin memberitahu dia banyak menyertai pertandingan termasuk pernah mewakili peringkat zon, negeri malah pernah mendapat tempat keempat ketika bertanding ke peringkat kebangsaan mewakili Kedah.

Mampu jana pendapatan!

Tidak mensia-siakan bakat dalam seni khat, anak keempat daripada lima beradik ini memberitahu mampu menjana pendapatan sampingan yang boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan di universiti.

Kata Ahmad Amin, perkongsian hasil kerjanya di media sosial mula mendpat perhatian rakan-rakan dan pengikutnya sehingga ramai menghantar mesej meminta dia menjual karyanya.

Antara seni khat yang biasanya mendapat permintaan termasuklah kanvas dan khat berbingkai.

“Antara seni khat yang sering mendapat perhatian pelanggan adalah khat berbingkai, kanvas, sarung telefon bimbit, penanda buku dan sebagainya.

“Harga pula biasanya bergantung kepada material dan permintaan daripada pelanggan, barulah saya boleh putuskan harganya… biasa serendah RM5 sehingga mencecah ribuan ringgit.

“AlhamduliIIah pelanggan yang menggunakan khidmat seni lukisan saya ramai berpuas hati dan ada pula yang kembali membuat tempahan lain atau memperkenalkan rakan mereka kepada saya,” kata anak kelahiran Jitra, Kedah ini.

Berniaga bukan sesuatu yang asing dalam dirinya kerana sejak di bangku sekolah Ahmad Amin sudah terbiasa melakukan pelbagai pekerjaan sampingan seperti menjual produk wangian, makanan malah pernah mengambil upah mencuci pakaian demi mahu berdikari.

Sarung telefon bimbit antara yang laris mendapat permintaan.

Malah ketika remaja lagi dia sudah mula berjinak-jinak menjual produk seni khatnya kepada rakan-rakan sekolah dan jiran tetangga bagi mendapat wang saku.

“Saya datang dari keluarga sederhana dan sejak remaja saya memang suka berdikari dan buat kerja sambilan walaupun ibu dan ayah meIarang.

“Saya memang jenis tidak suka susahkan orang lain apatah lagi ibu dan ayah, pengalaman berdikari dan mencari wang saku sendiri banyak mematangkan saya,” kata penerima anugerah dekan selama empat semester berturut-turut ini.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *