Info

“Ah sudah.. dia mai dah”. Individu d4kwa imam mahdi dah sampai di sabah

Padang Rengas: P0lis meny!asat pemilik akuan Facebook yang mend4kwa kononnya Imam Mahdi berada di Sabah melalui penstriman langsung, baru-baru ini.

Ketua P0lis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Jabatan S!asatan Jen4yah (JSJ) Kont!njen Perak serta Ketua P0lis Daerah (KPD) Kuala Kangsar menjalankan s!asatan.

Katanya, slasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akt4 Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Ketika merakam video siaran terbabit, pelakunya di sebuah kedai di Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Jadi saya sudah arahkan Ketua JSJ Perak dan KPD Kuala Kangsar menjalankan s!asatan biarpun setakat sekarang belum dimuktamadkan lagi bentuk s!asatan yang dijalankan.

“Ketika ini saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana ia masih dalam s!asatan. Dapat saja maklumat lanjut, saya akan kongsikan dengan media,” katanya pada sidang media program High Profile Policing (HPP) P0lis Perak serta S0lat Jumaat PDRM Perak bersama masyarakat di Masj!d Jamek Al Marbawi, Lubuk Merbau, di sini, hari ini.

Ditanya kemungkinan perkongsian video itu ada kaitan dengan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, Mior Faridalathrash berkata, perkara itu masih dalam s!asatan.

Video berdurasi lapan minit 56 saat memperlihatkan seorang lelaki menunjukkan koleksi ped4ng dan kerls yang dijual di sebuah kedai di Sayong Lembah, tersebar sejak semalam.

Menerusi rakaman itu, lelaki itu mend4kwa kononnya bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi yang difahamkan berada di Sabah.

Hasil semakan setakat jam 8 malam ini mendapati video terbabit sudah dipadam.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *