Info

“Pakar bagi hint” Tidak mustahil pengeluaran KWSP secara one-off dilakukan sekiranya rakyat ada kesedaran ini.

KUALA LUMPUR: Kurangnya kesedaran masyarakat tentang pentingnya pengurusan kewangan yang betul adalah punca sesetengah pihak gagaI bangkit setelah diIanda kr!sis.

Menurut Perunding Kewangan Ieza Yusuf, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ada rasionalnya, namun tidak bermakna pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off itu tidak boleh dilakukan.

“Pendapat saya sebagai perancang kewangan, dalam keadaan semasa berlakunya wab4k pandem!k C0VlD19 dan benc4na banjir, rakyat berada dalam fasa g4ngguan emosi. Sebab itu, solusi yang ada hanya (pengeluaran) KWSP.

“Saya bersetuju untuk orang yang ada jumlah wang RM10,000 itu, untuk mengeluarkan wang tersebut disebabkan bagi memperbaiki emosi itu dahulu. Tetapi dengan syarat, kita mesti tahu ilmu cara mengurus,” jelasnya kepada Astro AWANI.

Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya bakal pengeluar wang simpanan tersebut diberi pendedahan dengan pengurusan kewangan yang betul sebelum mereka menerima wang tersebut.

Itu jelasnya, bagi membolehkan kewangan yang bakal diterima boleh diatur dengan baik.

“Keris4uan saya adalah kalau kita lihat lebih 79 peratus rakyat Malaysia tidak ada wang kecem4san minimum iaitu RM1,000 dan ini adalah keadaan yang sangat membimb4ngkan. Kalau ia tidak dibendung atau tidak diberi kesedaran tentang pentingnya pengurusan kewangan seawal gaji pertama, keadaan ini akan sentiasa berulang,” katanya.

Sebelum ini, bancian awam berkaitan pengeluaran KWSP i-Citra oleh Pemuda UMNO baru-baru ini mendapati 97.1 peratus atau 21,524 individu memerlukan pengeluaran RM10,000 secara one-off bagi meringankan beban ketika ini.

Bagaimanapun Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak bersetuju dengan pengeluaran tersebut dan bancian yang dilakukan oleh Pemuda UMNO itu tidak dapat dipastikan kesahihanya memandangkan tidak diketahui bagaimana ia telah dilaksanakan.

Sumber : astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *