Info

Ular dan Cik Tie kerap masuk rumah korang? Ini ada beberapa tips.Ramai dah cuba dan menjadi

Ular masuk rumah siapa tak cuak kan? Tak kira lah ular kecil ke,yang tak berblsa ke kalau dah nampak ular memang berlari tak cukup tanah lah gamaknye.

Kejadian ular masuk dalam rumah bukan saja berlaku di kampung tapi juga di kediaman teres di bandar. Disebabkan habitat binatang ini yang semakin ter4ncam membuatkan ia keluar ke persekitaran kita, jadi kita memang perlu berhati-hati.

Salah satu cara yang boleh diusahakan untuk elak binatang berblsa ini masuk dalam rumah adalah dengan menggunakan ramuan garam kasar seperti dikongsi oleh Fara Aem.

Menurutnya ia bukan saja boleh mengelak ular tapi juga menghalau tikus dari masuk ke rumah.

Ramuan elak ular dan tikus masuk rumah

Tujuan asal buat untuk halau ular tapi tak sangka pulak boleh halau tikus juga.
Jadi boleh buat untuk menghalau haiwan ini di rumah.

Campur bahan berikut

  1. Garam Kasar
  2. Minyak Kasturi
  3. Kulit kayu manis (ditumbvk)
  4. Cengkih (sedikit, tiada pun tak mengapa)

Letak di penjuru rumah

Gaul rata, boleh ikuti dengan selawat dan niat. Bahan ini punya bau yang kuat ya.

Letakkan sikit di semua penjuru rumah, dapur, tingkap atau mana-mana laluan haiwan ini.

Saya dah cuba, alhamdulillah.

Semoga bermanfaat.

Sebagai manusia,kita cuma mampu ikhtiar.selebihnya bertawakal dan berd0alah minta dijauhkan daripada haiwan buas dan berblsa

Sumber : rencahrasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.