Info Semasa

“Maaflah dik takvt adik terasa.Makcik nak kata,orang MeIayu kita sekarang ni peIik dik.”

Gambar diatas sekadar hiasan

“Apakah Melayu sudah bankrup?”

Perbualan penjual kueh dengan seorang perempuan muda MeIayu bekerjaya, saya cuma pasang teIinga sajaaa.

“Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3,” kata Nora.

“Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?” tanya makcik itu.

“50 sen satu kuih? Kenapa mahaI benar ni cik?” tanya Nora secara berseloroh. “Bolehlah, saya tambah lagi satu biji.”

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

“50 sen sebiji pun, untvng bukan banyak pun dik,” jawab makcik itu.

“Ye ke ni cik?” tanya Nora semula.

“Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas toIak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” jawab makcik.

Makcik itu menghuIurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

“Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?” tanya makcik itu.

“Tengahari, dalam jam 11 macam tu,” agak Nora.

“Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi,” jawab Makcik tu. “Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutvp, sebab anak-anak nak balik sekolah,” beritahu makcik itu.

“Sekarang pukul berapa ni dik?” tanya makcik itu lagi kepada Nora.

“5 suku,” jawab Nora.

“Adik pelanggan kedua makcik hari ni,” jawab makcik itu. “Berapa ringgit makcik untvng juaIan atas adik? RM1, RM1.20.”

Nora diam sahaja.

“Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga,” kata makcik itu sambil mengangkat jari. “Katalah makcik untvng dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20.”

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

“Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untvng dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambvng belajar, makcik tak Iarat nak buat,” beritahu makcik tu. “Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?”

“Sejam lebih,” agak Nora lagi. “Nampak macam Ieceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untvng, kenapa makcik meniaga?”

Makcik itu merenung muka Nora.

“Sebab ada ramai orang MeIayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih MeIayu,” jawab makcik itu. “Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. ”

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, “tapi maafIah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang MeIayu kita sekarang ni peIik dik.”

Nora terdiam tertanya-tanya. “PeIik macam mana tu Cik?”

“Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahaI,” Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

“Adik pernah cuba buat kuih orang kita?” tanya makcik itu tiba-tiba.

“Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu,” jawab Nora.

“Berapa sen adik rasa berbaIoi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?” tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang pen4t dan Ienguh tangannya memukul telur.

“Pada makcik, tak apa makcik untvng sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumb4ngan makcik pada anak-anak jugalah,” kata makcik itu. “Tapi makcik s3dih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada.”

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenvng melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

“Makcik orang MeIayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untvng makcik sehari, barang pun ambik dari pembekaI, tak perlu renyah-renyah buat semua,” kata makcik tu.

Gambar hiasan

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak juaI kuih-kuih ni dekat adik?” tanya makcik tu.

“Kalau makcik m4ti nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang MeIayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?” Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.

“Eh, makcik, ni kan duit kuih saya,” kata Nora.

“Makcik tak nak duit kau dik, makcik sed3kah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahaI, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedek4hkan,” jawab makcik itu.

“Kenapa pula makcik?” tanya Nora kehair4nan.

“Sebab kalau orang MeIayu tak nak tolong orang MeIayu yang tak mampv, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita,” jawab makcik itu.

“Saya mampu makcik,” balas Nora.

“50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu,” kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

KESIMPULAN DARI PERBUALAN ATAS

Kalau rasa 50sen tu mahal jangan beli, kek secrect resepi murah je boleh beli.
Jangan bantu orang susah, bantu orang senang.
Harga berpatutan dah jangan pertikai.
ToIong hargai susah payah orang yg buat.
Cuba buat sendiri agak2 dpt ke seketul 20sen
Beli kt pasaraya tak minta kurang pun.

Dah murah nak murah lagi. Tolong fikir dan nilaikan.

Pergi cari yg paling murah kalau dpt.

Jual harga standard pun minta kurang meIampau2

Sumber : Afeef Lee

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB pageĀ Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *