Info

Hairan..memang hairan. Dah la tiada permit bawa van sekolah, dapat pula jaminan dari PoIis.

SEPANG: Pemandu van yang meIanggar kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, pada Jumaat dipercayai tidak mempunyai permit van sekolah.

Ketua Jabatan Si4satan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, pihaknya bersama Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Sepang akan menyi4sat k3s berkenaan.

“Ya, pemandu van berkenaan dipercayai tiada permit van sekolah, kita akan melakukan semakan lanjut dengan pihak berkaitan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau turut menasihatkan semua pemandu van sekolah supaya mematuhi peraturan ditetapkan dengan memiliki permit yang s4h.

“Ibu bapa juga dinasihatkan memilih perkhidmatan van sekolah berdaftar dengan mengambil kira faktor keseIamatan anak-anak mereka,” katanya.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan pemandu van berusia 31 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan poIis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari Jumaat, mangsa yang baru pulang dari sebuah sekolah kebangsaan dihantar ke tadika tersebut sebelum pergi ke kelas al-Qcran dan fardu ain (KAFA).

Sumber : Astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *