Uncategorized

“Apalah nasib..ingatkan panas sampai ke petang”.Dah lama berharap jodoh dtg,tak kunjung tiba.Dah malas fikir panjang dan memilih akhirnya aku terima je..

* Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Salam semua, nama saya Anisah (bukan nama sebenar), tujuan saya menulis di sini bukanlah dengan niat nak tulis panjang lebar, sekadar ingatan kepada kaum hawa dan kaum adam.

Saya mulakan sedikit intro diri saya. Saya berusia lingkungan 30 an dan merupakan seorang wanita bekerjaya. Saya mendirikan rumah tangga pada penghujung usia 20 an dan di kurniakan seorang cahaya mata.

Suami saya bukanlah lelaki yang saya minati dan cintai. Saya mengenali beliau melalui kawan baik saya. Kisahnya lebih kurang begini..

Saya selalu kecewa dan tidak pernah di dekati mana-mana lelaki, Seingat saya sepanjang saya hidup sebagai seorang perempuan tak pernah ada lelaki betul-betul nak kat saya, kalau pun berkenalan, tak lama, bila dah jumpa.. Mesti akan senyap.

Saya pun tak tahu kenapa, mungkin sebab kekurangan paras rupa saya.

Setelah bertahun-tahun saya mencari pasangan hidup dan hanya di tadah kekecewaan, akhirnya kawan baik saya memperkenalkan saya kepada rakannya.

Bersungguh-sungguh rakan saya perkenalkan dia kepada saya. Kawan saya kata dia baik, pemalu dan pendiam.

Saya pada awalnya segan dan malu juga, tapi saya nekad juga untuk bertemu lelaki tersebut, iaitu suami saya sekarang untuk kenal dan lihat depan mata.

Kami tak kenal lama, hanya beberapa bulan dan terus bertunang. Memandangkan kami tinggal di negeri berbeza, kami sangat jarang berjumpa..

Boleh kata dalam tempoh 5 bulan kenal sebelum bertunang hanya jumpa 2 kali, dalam tempoh bertunang iaitu 6 bulan sebelum kahwin langsung tak jumpa.

Suami saya ni dia berkerja dengan keluarga dia, dan saya pun tak pernah tanya pendapatan dia atau income dia berapa walau di asak-asak kawan baik saya tu supaya bertanya,

masa ni saya cakap kat kawan saya, “Sebelum kau rekemen aku, takkan lah kau tak siasat latar belakang dia?

Sepatutnya kau siasat dulu, baru rekemen dekat aku, nama pun proposal, sekarang aku pulak kena korek sendiri?”

Kawan saya tu gelak aje time tu. Tapi saya tak berani nk bertanya, saya takut lebih-lebih lagi saya fikir itu privacy.

Betul, sebelum kahwin saya tak pernah tanya pasal kewangan dia,dia pun tak pernah cerita. Saya tau dia ada kereta sebijik dan motor. Bagi saya oklah tu, saya pun bukan kerja hebat sangat.

Tapi yang membuat saya terkelu dan kecewa adalah kebenaran yang saya tahu selepas kahwin, yang dia rahsiakan.

Dia sebenarnya muflis, tak ada apa-apa termasuk kereta. Itu kereta ayah dia. Malah keluarga dia tak pernah bagitahu saya apa-apa pasal dia.

Cuma kakak dia pernah bertanya, boleh ke terima Anuar (bukan nama sebenar) sebab dia kerja biasa-biasa je. Saya jawab tak pe… itu pun kerja jugak.

Ye.. suami saya ni rajin berkerja, tapi keadaan dia menyukarkan dia untuk memperolehi pekerjaan baik, sudahnya dia bekerja sendiri.

Awal perkahwinan hingga sekarang boleh kata 90% saya sediakan semua lengkapan dalam rumah.

Tapi saya fikir tak apa lah. Lagi pun ini semua akan jadi harta saya, dia pun bab barang dapur, hal-hal anak, bil-bil.dia yang bayar.. Ok la tu kan? Belanja lain kami share.

Cuma saya terkilan, dia tak bagitahu dan berterus terang dengan saya berkenaan status diri dia yang mvflis.

Kerap saya di g4nggu pengutip hutang.. Sekejap dari bank.. Sekejap dari agensi.. Saya jadi down dan tak boleh bayangkan kalau mak ayah saya tahu.

Sebab pada mak ayah saya, sayalah satu-satunya anak dia yang tak ada masalah dalam perkahwinan, itu kerana saya banyak tutup kelemahan dan aib suami saya.

Saya belikan dia kereta second, supaya orang tak nampak dia guna kereta saya, saya belikan barang kemas, bila orang tanya saya cakap suami beli. Bila beli apa-apa balik kampung saya cakap suami yang beli.

Saya redha dan terima kalau dia tak berduit, sebab saya tahu ramai je orang mvflis berduit bila berniaga, siap boleh beli rumah cash. Caranya pakai nama bini atau anak.

Saya tau tu, tapi tidak suami saya, dan saya pun tak pernah guna nama saya untuk buat apa-apa loan bagi pihak dia, sebab saya tak percaya dia mampu bayar dan akan bertanggungjawab untuk bayar.

Jenuh saya nasihatkan dia, bayarlah hutang dengan insolvensi tu.. RM100 sebulan ke… dah lama sikit, pergi jumpa insolvensi tanya macamana nak settlekan hutang.. bukan banyak pun RM50k je pun, kalau bayar sikit-sikit dari dulu dah nak habis dah.

Sekarang kerap benar agensi hutang cari dia melalui saya, sedangkan hutang-hutang dia adalah sebelum kahwin dan sebelum kami kenal.

Saya jadi stre$s dan murvng hingga ke tempat kerja agensi ni call saya. Saya pun tak tahu dari mana diorang dapat contact number saya.

Saya nak bertanya boleh ke saya buat aduan ke pihak berkuasa? Sebab saya rasa mereka ni dah langgar Data Privacy? Ada apa-apa effect tak? Boleh ke saya lapor ke pihak berkuasa? Sebab yang hutang dia.. bukan saya.

Sekarang saya stre$s dan murvng. Cuma saya nak nasihat kepada yang belum kahwin, check la pasangan anda,

Check samada dia mvflis ke tidak.. sebab ini penting untuk ketenter4man hidup kita selepas kahwin, dan kepada lelaki atau perempuan yang ada masalah macam ni,

Terus terang lah dengan pasangan anda status diri awak. Kalau dia nak.. Dia terima.. Kalau dia tak nak.. Awak boleh tawakal cari lain. Sudahnya awak buat pasangan awak kecew4 dan curiga entah apa rahsia lagi yang awak tak bagitahu.

Tolonglah jangan jadi macam saya, dah la nak dapat jodoh payah. dah dapat di uji pula begini. Walaupun itu rekemen dari kawan-kawan atau sedara mara, selidik lah betul-betul, dah kena menyes4l tak guna. Sekian… – Anisah (Bukan nama sebenar)

Sumber : menuju kebenaran

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *