Info

“AlhamduIiIIah ciuman mama yang terakhir buat Not seharum kasturi”. Anak Safura Telah Kembali Ke RahmatuIIah.

Pelakon dan penyanyi, Safura Ya’cob telah memaklumkan khabar duka mengenai anak perempuannya, Noor Shafiela yang telah kembali ke rahmatuIIah, hari ini.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Sedalam Mana Cintamu ini berkongsi khabar duka itu bersama peminat menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

“AlhamduliIIah…ciuman terakhir mama buat Not…wangi seharum kasturi …semoga AIIah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela didlm syurga AIIah…..Aamiin..,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan ucapan salam takziah buat penyanyi berusia 47 tahun itu.

“Innalilahiwainnailair0jiun, salam takziah buat seisi keluarga ,al fatihah buat arw4h,” tulis rakan pelakon Zarina Zainuddin.

“Salam Takziah buat sis Safura dan keluarga … Alfatihah (dibaca),” titip lagi seorang wargamaya.

 

“Innalillaahi wainna ilaihi rooji’uun. Takziah buat akak dan keluarga. Al-Faatihah,” tulis peminat.

Sekadar informasi, Safura turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi, hasil perkahwinan yang terdahulu.

Selepas itu, Safura mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sahronizam pada tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Yusoff Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah, 11, Ariana Sofia, 7 dan Nur Aisyah Mariam yang telah men!nggal dunia ketika berusia tiga tahun pada 2008.

Sumber : Insta Safura Ya’cob / f uh com

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *