Semasa

Bapa sendiri jum.pa may4t anak Iemas selepas terjatvh daripada botnya

TUMPAT – Ma.yat seorang nelayan ditemui oleh bapanya sendiri selepas terja.tuh daripada botnya ketika sedang menjaIa ikan di perairan Pantai Sri Tujuh di sini hari ini.

Mangsa, Mohamad Farhan Abdul Razak, 23, ditemui bapanya, Razak Ismail, 59, kira-kira pukul 4 pagi dipercayai selepas bot dinaikinya berpusing dan terbaIik.

Adik mangsa, Nur Ayuni Abdul Razak, 22, berkata, anak ketiga daripada lima beradik itu bersama bapanya, keIuar menangkap ikan dengan menaiki bot berasingan.

Menurutnya, rutin harian dua beranak itu keluar dari rumah di Kampung Baru Nelayan pada pukul 2 pagi untuk menangkap ikan di Pantai Sri Tujuh.

“Kebiasaannya, abang dan ayah akan puIang dengan seIamat. Hari ini, saya menerima panggilan daripada rakan ayah yang berada di tempat kejadlan memaklumkan bahawa abang saya Iemas.

“Saya terus ke Pantai Sri Tujuh dan melihat ma.yat abang sudah berada di jeti sambil dipangku oleh bapa,” katanya sebak ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd. Razi Rosli ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu oleh rakan mngsa pada pukul 6.30 pagi tadi.

“Siasatan mendapati, mayat lelaki itu dijumpai kira-kira 13 batu nautika dari jeti Pantai Seri Tujuh dan dibawa balik oleh bapanya sendiri ke jeti Pantai Seri Tujuh,” katanya.

Salam takziah. Al-Fat1hah

Sumber : k online

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kekecaman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *