Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok.
Dia tampil menjawab persoalan yang diajukan oleh netizen mengenai pengambilan vaksin.
Ujar pemilik nama Mohd Suhaimi bin Saad, dia dan isterinya memilih alternatif yang lain sebagai ‘pelindung diri’ daripada terkena jangkitan Cvd19.
Ia termasuklah mengamalkan pemakanan sunah, homopati dan melakukan rawatan-rawatan yang lain.
“Sebenarnya soalan ini agak kelakar, sebab boleh dikatakan satu malaya dah tahu kan.
SS ini dilabelkan sebagai anti vaksin walaupun sebenarnya kitaorang tak anti pun.
Cuma kitaorang tidak memilih cara atau ikhtiar itu kitaorang pilih cara lain mungkin pemakanan sunah homopati dan rawatan-rawatan alternatif yang lain.”
Mengulas lebih lanjut, suami kepada Ina Naim turut menjelaskan setakat ini mereka masih belum mendapatkan suntikan vaksin Cvd19 dan tidak mempunyai niat untuk mendapatkannya.
“So setakat ini, belum lagi InsyaAllah tak ada niat untuk ambil vaksin.
Wallahualam semunya kita serahkan kepada Allah S.W.T. kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar.
Mudah-mudahan Allah telah tetapkan satu ketetapan ataupun takdir yang terbaik untuk kita sama ada ambil vaksin ataupun tak ambil vaksin.”
Terdahulu, Suhaimi Saad menceritakan akaun Instagramnya (IG) telah disekat selama 30 hari berikutan aktif berkongsi mengenai isu vaksin dan kerajaan.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Tonton Video
"Kami bukan antivaxxx" pic.twitter.com/ngLaU90aNW
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) September 30, 2021
Mesti ada kan rakyat malaysia yang diam-diam minim air kelapa untuk neutral kan balik vaksin yanh baru diambil?
Sumber : Suhaimi Saad / budaksitu pw