Info Keluarga

“Jangan putusAsa dari rahmatNya” anak dilahirkan sumbing sudah jalani pembedahan dan…

Setiap zuriat yang lahir adalah satu anugerah yang tdak terhingga buat pasangan suami isteri. Mana tidaknya, kelahiran tersebut menjadi salah satu punca kebahagian dalam rumah tangga yang akan menambahkan lagi rasa sayang terhadap keluarga.

Walau bagaimanapun, ada juga pasangan yang diberikan keistimewaan apabila mendapat zuriat yang terlahir dalam keadaan fizikalnya agak berbeza dengan bayi yang lain.

Anak dilahirkan sumbing

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TlkT0k dikenali sebagai @azlindaziz87 apabila memuat naik perjalanan ‘rasa sabar’ yang perlu dilalui apabila terpksa mendengar kata-kata kurang enak sesetengah masyarakat selepas dia melahirkan anak yang sumbing.

Wanita itu memuat naik gambar keadaan anaknya sebelum pembedahan dan selepas pembedahan menjahit belahan bibir supaya terlihat lebih normal.

Menerusi kapsyen yang diserta dengan video berkenaan, @azlindaaziz87 meluahkan rasa syukur diatas kurniaan yang sangat indah dan mengajarnya erti kesabaran yang cukup besar.

“AIIahuakbar, sungguh indah pemberiannnya, hadir kamu mengjar ibu erti sabar,” tulisnya ringkas.

Terus kuat kak

Kini, anaknya yang dipanggil Adam sudah terlihat handsome dan mendapat pujian ramai.

Perkongsian yang ditonton lebih daripada 600 ribu viewers di TlkT0k itu tular dan rata-rata meninggalkan komen positif setelah melihat posting yang dibuat @azlindaaziz87.

Semoga membesar jadi anak yang soleh

Semoga cepat sembuh dan kuat

Handsome dah Adam

Kongsi pengalaman diri

Hlnaan jadi penguat semangat untuk berjaya

Ucap terima kasih kepada yang mendoakan

Sumber : Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *