Semasa

K0ntrak Ejen P0s Rider Ditamatkan

KUALA LUMPUR : Pos MaIaysia akan menjalankan Fasa Kedua rasionalisasi program khidmat luaran Pos Rider, yang akan berkuat kuasa pada 1 September 2021.

Proses rasionalisasi di bawah Fasa Kedua akan membabitkan 262 ejen Pos Rider di Lembah Klang, demikian menurut Pos MaIaysia dalam satu kenyataan, hari ini.

Pos MaIaysia berkata, program Pos Rider diperkenalkan pada 2019 dan berjaya membantunya menyampaikan lebih banyak bungkusan di seluruh MaIaysia.

Namun, tegasnya, pasaran pos dan kurier domestik telah melalui perubahan di mana jumlah mel terus menurun dengan begitu ketara, manakala peserta e-dagang pula mula menawarkan khidmat penghantaran.

“Operasi kami telah dikaji semula dan mendorong kepada keputusan untuk menghentikan skim Pos Rider secara berperingkat.

“Bagaimanapun, bagi menghargai perkhidmatan bekas pekerja Pos Rider, kami akan memberi keutamaan kepada ejen-ejen ini untuk khidmat sambilan sekiranya ada peningkatan terhadap permintaan penghantaran bungkusan.

“Ini boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak apabila bekas Pos Rider dapat menjana pendapatan tambahan, manakala Pos MaIaysia dapat mengekalkan kecekapan kos,” katanya.

Syarikat itu menambah, peningkatan permintaan sepanjang tahun biasanya berlaku semasa jualan sempena perayaan dan jualan tarikh khas anjuran pelbagai peniaga.

“Pos MaIaysia akan terus meneliti strategi perniagaan, kos dan sumber apabila perlu bagi memastikan daya maju dan kemampanan perniagaan.

“Ini adalah penting sepanjang pandemlk ini, oleh kerana kesan daripada pergerakan yang terhad dan operasi terbatas dihadapi oleh semua segmen perniagaan,” katanya.

Sumber : BH

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB page Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *