Semasa

Kemaruk curi paka1an daIam wanita. Berjaya Dikesan MelaIui CCTV

Tindakan seorang lelaki warga asing yang mencuri pakaian dalam wanita terbongkar selepas dia ditahan dalam serbuan di rumahnya di Kampung Kemansur, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun.

“Ketika lelaki berkenaan berada di rumahnya, dia dimaklumkan jiran terdapat seorang lelaki tidak dikenali dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar di kawasan rumahnya jam 3 petang, semalam (kelmarin).

“Tidak lama kemudian anak perempuan kepada lelaki terbabit berusia 20-an memberitahu bahawa beberapa pakaian dalam milik anaknya didapati hilang dari ampaian belakang rumah mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Zaiham berkata, susulan laporan itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga asing yang juga penganggur berusia 36 tahun di rumahnya di Kampung Kemasur, di sini, jam 11.30 malam, kelmarin.

“Lelaki itu berjaya dikesan hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mangsa.

“Hasil serbuan dilakukan di rumah suspek, kami menemui sejumlah besar pakaian dalam wanita yang dikumpul dan disimpan di beberapa bahagian di dalam biliknya,” katanya.

Katanya, setakat ini, pihak polis hanya menerima satu laporan berhubung kejadian seumpama itu.

“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui sama ada suspek melakukan perkara berkenaan di kawasan lain dalam daerah ini.

“Suspek direman selama 14 hari mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai di daerah ini supaya sentiasa berwaspada dan menghubungi balai polis berhampiran terdapat maklumat berhubung perlakuan jenayah.

Sumber : hmetro

Dah baca jangan lupa like, komen dan share.

Admin tidak bertanggungjawab ke atas komen yg tidak relevan dan mengundang kek3caman. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

Juga boleh follow kami di FB page Karipap Oksigen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *