Uncategorized

(sebak) Atlet 14 tahun Menang emas demi bayar bill hospital ibu

Quan Hong Chan, seorang atlet terjun wanita dari China ini telah menjadi tumpuan dunia setelah berjaya mendapat skor tepat 10 bagi 3 terjunan daripada sejumlah 5 terjunan pada peringkat akhir acara terjun 10 meter platform individu di sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kehebatan atlet yang baru berumur 14 tahun ini mendapat perhatian dan pujian netizen dari seluruh dunia, termasuklah dari Malaysia.

 

Anak kepada pasangan petani ini memasang impian untuk bertanding kali pertama di Olimpik.

Biarpun masih kecil, azamnya itu membuahkan hasil setelah beliau berjaya memenangi pingat emas dalam acara terjunan platform 10 meter  platform individu di Olimpik Tokyo 2020.

Lebih mengharukan lagi apabila gadis cilik ini akan menggunakan hasil dari kemenangan beliau itu untuk membiayai rawatan ibunya yang sakit.

Sumber : Twitter Astro Arena

Leave a Reply

Your email address will not be published.