Info

(video) jom tengok panduan pasal cara nak periksa angin tayar cukup atau tak

Salah satu aspek keselamatan di jalan raya yang perlu dititikberatkan ialah keadaan kenderaan yang kita pandu. Risau jika silap haribulan, masalah teknikal pada kenderaan membuatkan berlaku perkara tidak diingini ketika kita asyik memecut di jalan.

Sebelum bergerak, pastikan tayar berada dalam keadaan baik. Tak botak, tak kembung dan mempunyai angin yang cukup.

Macam mana nak tahu jika tayar anda cukup angin atau tidak? Mudah sahaja, lihat tayar anda. Ada garisan kan di tepinya?

Jika garisan tayar yang melekap pada jalan lebih daripada lima, itu bermakna angin di dalamnya kurang. Justeru, lakukan tiga langkah ini untuk mengetahui puncanya.

  1. Cari kalau ada kebocoran pada tayar
  2. Jika tiada, periksa tiub isi angin. Tiub yang rosak boleh menyebabkan angin keluar, membuatkan angin tayar berkurangan.

Tonton video @abangcomot ,seorang mekanik yang sering berkongsikan tips mengenai kereta di bawah sebagai panduan.

Mudah kan cara ni, tak perlu nak tekan-tekan atau ketuk tayar tu nak tahu cukup angin atau tak, boleh tengok je dah tahu angin kurang atau tak.

Video :

 

Komen netizen:

Sumber : tiktok @abangcomot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *