Info

Orang suku jawa kebanyakan l4rang orang laki-laki minum.Betul ke soya x baik untuk kesihatan?

Soya berb4haya kepada manusia? Pelbagai mitos mengenai soya yang tersebar terutama di media sosial telah banyak mengelirukan pengguna. Malah, ada juga individu percaya pada mitos tidak berasas yang tular, sekali gus mempengaruhi individu lain.

Oleh itu, pakar pemakanan daripada Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Prof Madya Dr Hasnah Haron berkongsi empat mitos mengenai soya di bawah:

1.Mitos: Semua produk soya diperbuat daripada organisma terubah suai genetik (GMO).

Bukan semua produk soya diperbuat daripada GMO. Pelbagai tauhu, tempe dan susu soya tidak berasaskan GMO juga terdapat di pasaran.

Walaupun sesuatu produk berkenaan berasaskan GMO, tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa dengan memakan kacang soya GMO atau produknya akan memberi kesan buruk dari segi kesihatan.

2.Mitos: Risiko k4nser payudar4 akan meningkat jika memakan soya.

Mitos ini datang daripada kepercayaan bahawa isoflavon (estrogen tumbuhan) yang terdapat dalam soya boleh meningkatkan risiko k4nser.

Kajian telah menunjukkan bahawa isoflavon soya, tidak kira daripada sumber apa pun, tidak mendatangkan sebarang kesan berb4haya kepada tisu payvdar4

Sebaliknya, pengambilan soya yang tinggi mungkin boleh menurunkan risiko k4nser payudara. Satu kajian prospektif ke atas 300,000 wanita di China dan kajian meta analisis yang berasaskan respon dos menunjukkan, pengambilan soya yang tinggi sebenarnya mungkin dapat memberi manfaat yang cukup besar bagi mencegah k4nser p4yudara.

3.Mitos: Fitoestrogen soya menghalang fungsi tiroid.

Pelbagai kajian dan tinjauan yang menyeluruh menunjukkan yang sebenarnya kedua-dua makanan berasaskan soya atau isoflavon tidak memberikan kesan buruk pada fungsi tiroid dalam lelaki atau perempuan dengan fungsi kelenjar tiroid yang normal.

Tambahan pula, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah juga menyimpulkan bahawa isoflavon tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada fungsi payud4ra, tiroid atau rahim bagi wanita menopaus.

4.Mitos: Soya menyebabkan lelaki bersifat feminin.

Soya mengandungi fitonutrien yang dipanggil isoflavon soya. Kajian meluas telah menunjukkan bahawa pengambilan protein soya atau isoflavon tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap tahap hormon pembiakan dalam tubuh lelaki.

Kesimpulannya, perlu ditekankan sekali lagi bahawa soya dan produk soya adalah sumber protein lengkap yang baik.

Ia kaya dengan nutrien yang pelbagai dan perlu dijadikan sebahagian daripada diet sihat kita. Walaupun beberapa mitos berkaitan soya sering kedengaran, bukti yang diberikan selalunya lemah berbanding dengan pelbagai kajian berwibawa mengenai kebaikan soya.

Hakikatnya, soya telah menjadi sebahagian daripada diet kita sejak dahulu lagi dan terbukti selamat diambil oleh ramai orang.

Sumber : beritaharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *