Semasa

“Mallang Tidak Berbau”Periksalah Tayar Sebelum Memulakan Perjalanan. Kalau Tayar Dah Expired Tu Tukarlah Cepat

PENDANG: Tayar bahagian kanan kereta PERODUA Kelisa pecah dipercayai menjadi punca kemalangan di Kilometer 58.7 Lebuhraya Utara Selatan dari Alor Setar menghala ke Pendang sehingga menyebabkan pemandunya maut petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut itu pada jam 4.40 petang tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pemandu kereta PERODUA Kelisa itu dipercayai dari arah Jitra ke rumahnya di Sungai Tiang, Pendang.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, tayar bahagian kanan kereta itu pecah menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas di tepi jalan.

“Pemandu kereta berusia 22 tahun itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Arriz Sham berkata, mangsa yang bekerja sebagai kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 3.37 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja yang diketuai Arizal Mahmud tiba di lokasi pada jam 3.56 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta PERODUA Kelisa dipandu mangsa masih berada di tempat kejadian dan pemandu kereta yang tersepit itu berjaya dikeluarkan,” katanya.

Sumber : berita harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *