Info Keluarga

“Sayangilah Anak Syur.ga”Seorang Anak Yg lstimewa MengaIami Sndrom Sejak Lahir.

Suri Tasneem Seorang Anak Syurga, Seorang Anak Yg lstimewa MengaIami Sindrom Sejak Lahir. MasyaAllah

Seorang anak sulung yang dinantikan, Allah beri keistimewaan sebagai anak syurga. Waktu mula-mula melihatnya hati rasa sayu dan sedih, namun selepas membesar dengan sihat, rasa sangat gembira melihat keletahnya yang aktif.

Satu dari 50 ribu seolah-olah nisbah yang sangat besar dan jika ditukar kepada peratus hanyalah sekitar 0.00002 peratus sahaja. Ia merupakan peratusan yang sangat kecil namun ibu bapa dan kanak-kanak ini telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk diuji dengannya.

Jom baca perkongsian daripada seorang ibu, Puan Hayati Awang mengenai penyakit yang dialami oleh anak sulungnya ini. Semuanya bermula sewaktu hari anaknya, Suri Tasneem dilahirkan pada 1 April tahun lalu.

Pada ketika itu, negara kita sedang dalam fasa PKP dan suaminya pula terpaksa kuarantin selama dua minggu kerana baru turun dari kapal. Tinggallah dirinya seorang diri untuk masuk kedalam wad bersalin pada pukul 9 pagi.

lNDUCE SEBANYAK 4 KALI

Puan Hayati berada di sana sehingga jam 8 malam dan sudah melalui ilnduce sebanyak 4 kali. Disebabkan kandungannya pada waktu itu hampir lem4s, doktor sarankan untuk dirinya menjalan pembed4han czer.

Namun, selepas selesai pembedah4n, anaknya tidak diberikan atau ditunjukkan langsung kepadanya. Alasan doktor, anaknya hampir lem4s jadi terus dibawa ke unit rawatan rapi.

Sebenarnya Puan Hayati sendiri sudah berasa tidak sedap hati kerana dia tidak mendengar tangisan anaknya itu. Disebabkan badannya pada ketika itu sudah sangat letih, dia percaya sahaja apa yang diberitahu oleh doktor.

Apa yang melegakan hatinya sedikit adalah kerana pada ketika itu jururawat datang dan maklumkan bahawa anaknya sihat. Jururawat itu juga meminta agar Puan Hayati supaya tidak berasa risau.

SANGKA ANAK ALAMI DOWN SYNDR0ME

Semasa doktor pakar datang bertemunya keesokan hari, dia sempat membelek buku pink dan terperasan perkataan syndr0me. Dia mulai berasa risau jika anaknya itu mengalami masalah down syndr0me.

Dia terus bertanya kepada doktor pakar tersebut namun tiada apa yang boleh dijawab olehnya kerana doktor tersebut merupakan pakar sakit puan dan bukan pakar kanak-kanak.

Apa yang memilukan dirinya adalah kerana pada ketika itu dia terdengar doktor dan staf pervbatan bercakap sesama mereka bahawa anaknya ada sedikit masalah. Hari kedua barulah dia dimaklumkan akan perkara sebenar.

SPEECHLEES SELEPAS TAHU KEADAAN SEBENAR

Jujur. Ibu bapa mana yang tidak terkejut selepas mengetahui anak mereka mempunyai masalah. Itulah apa yang berlaku kepada Puan Hayati. Sebaik sahaja doktor memberitahu bahawa anaknya mengalami masalah Treacher Collins Syndr0me, dia terus memandang sayu anaknya itu.

Pandangannya juga menjadi kosong sehinggakan doktor terpaksa menulis nama penyakit tersebut dan meminta dia untuk membaca maklumat lanjut di Google. Pada ketika itu, Puan Hayati juga berasa risau seandainya anaknya itu bisu kerana dia tidak dengarnya anaknya menangis.

Doktor hanya mampu menggelengkan kepala yang membuatkan Puan Hayati berasa lebih sayu. Namun, doktor sempat memberitahu bahawa Allah S.W.T akan gantikan dengan kepandaian. Otaknya tetap sama seperti kanak-kanak normal.

Masalah yang biasa dihadapi adalah pertuturan sebab sukar untuk mendengar dan ada masalah svmbing lelangit dengan saluran pernafasan yang sempit. Bentuk muka pula akan menjadi kecil kerana rahang tidak dapat terbentuk dengan baik.

MENANGIS SAAT MAKLUMKAN KEPADA SUAMI

Berat buat Puan Hayati saat dia ingin memaklumkan keadaan anaknya itu kepada suaminya. Sebaik sahaja bercerita semuanya kepada suami, air matanya mulai berlinangan.

Dia bernasib baik kerana suami merupakan seorang yang sangat memahami dan memintanya untuk bersabar. Puan Hayati juga bertekad tidak kira macam mana sekalipun keadaan anaknya, dia akan tetap menjaganya.

ANAK UMMI TAK BISU

Saatnya melawat Tasneem dan pada waktu tersebut dia ingin menyusu, barulah terdengar suara anaknya itu. Nyaring. Hilang satu kerisauan saat melihat tag pada kaki anaknya itu. Benar itu anaknya!

Saat memandang mata anaknya itu, berlinang lagi air matanya. Dia segera memberitahu pada suami dan suaminya juga berasa sangat bersyukur.

DIPANTAU SEPENUHNYA OLEH PAKAR

Sehingga ke hari ini, Tasneem boleh bertutur seperti biasa cuma sedikit lambat. Ia mungkin disebabkan oleh svmbing lelangit dan masalah pendengarannya. Dia terpaksa memakai alat namun ada hari dia pakai dan ada hari dia berasa rimas.

Nasib Puan Hayati dan Tasneem agak baik kerana ada pakar yang membantu untuk masalah speech delay dari usianya 7 bulan. Pakar tersebut juga berkongsi dan mengajar bagaimana untuk mengajar Tasneem agar cepat bercakap dan belajar.

MEDIALPORTALPRESS: Doakan semoga diberi kekuatan buat adik Tasneem dan keluarga. Sangat Perlu juga untuk semua kita tahu tentang sindr0m sebegini supaya kita tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan mereka dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengguris perasaan mereka dan keluarga. Sama-sama lah kita mendoakan untuk kebaikan buat keluarga ini. Semoga Allah memurahkan rezeki buat keluarga ini Aamiin.

Sumber : Akses Info / PA & MA / trending101news

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *