Semasa Uncategorized

[vid “Semoga Tak Ced3ra S3rius”Air P4nas Radiator Tersembur Kena Mekanik

Salah satu komp0nen penting pada kereta yang perlu dijaga ialah radiator, ia perlulah kerap diperiksa dan diselenggara agar tidak mengalami sebarang kerosakan yang tidak diingini.

Kebiasaannya, radiator juga perlu diisi dengan air agar ia tidak mengalami masalah overheating pada bahagian enjin.

Pun begitu, ia juga perlu diselenggara dengan berhati-hati kerana mungkin akan berlaku perkara yang tidak diingini. Seperti yang dialami oleh seorang mekanik semasa sedang memeriksa kereta pelanggannya.

Menerusi video yang tular di TikTok sejak semalam, air radiator kereta itu didakwa telah’meletup’ dan tersembur pada mekanik itu sehingga membuatkannya terpelanting.

Dipercayai berlaku di Indonesia, tetapi maklumat terperinci mengenai lokasi dan tarikh kejadian itu tidak didedahkan.

Pada awal video itu, mekanik itu dilihat membuka bonet hadapan kereta tersebut dan memeriksa enjin itu. Dia dilihat berbual sebentar dengan seorang lelaki dan wanita yang disyaki pemilik kereta tersebut.

Tidak lama selepas itu, radiator kereta dilihat ‘meletup’ dan memancutkan air dengan tekanan yang sangat tinggi.

Mekanik itu sangat terkejut sehingga dia terpelanting ke rak di belakangnya.

Wanita yang berada berhampiran kereta itu panik dan meminta pertolongan dari orang ramai.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan mekanik tersebut.

Berhati-hatilah semasa menyelenggara enjin terutama semasa enjin masih panas.

Sumber : Suara com / siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *